Hanya sebab tidak hadir ke sekolah, kanak-kanak alami keretakan kaki setelah didenda ketuk ketampi

Seorang murid darjah lima mengalami keretakan pada bahagian lutut sebelah kiri setelah menjalani hukuman ketuk ketampi baru-baru ini.

Hal ini kerana pelajar dari sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan itu tidak hadir walaupun telah diberitahu lebih awal oleh penjaganya.

Menurut ibunya yang dikenali sebagai Azlina, kanak kanak tersebut tidak datang ke sekolah kerana mengalami cirit-birit.

Dia juga sudah menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp mengenai situasi pelajar yang berumur 11 tahun itu.

“Bagaimanapun, anak saya dan beberapa pelajar lain dipanggil keesokan harinya kerana ponteng sekolah.

“Mereka diarah melakukan ketuk ketampi sebanyak 30 kali sebagai satu bentuk hukuman,” katanya.

Sebelum ini, kanak-kanak tersebut pernah mengalami kecederaan akibat jatuh ketika bermain bola.

Doktor juga menyarankan agar pelajar itu tidak melakukan sebarang aktiviti berat, tambahan kejadian jatuh hanya berlaku tiga bulan lepas.

Justeru itu, anaknya tidak menyelesaikan hukuman itu dan mengadu tentang kesakitannya kepada guru namun tidak diendah.

keretakan
Keadaan kanak-kanak tersebut

Ingatkan hanya alasan, guru tersebut menumbuk di bahagian dada sebelum si ibu menerima panggilan dari pihak sekplah untuk menjemput anaknya.

Melihat keadaan anaknya, ibu yang berusia 36 tahun ingin bergegas membawa anaknya ke hospital tapi dihalang.

Alasan diberikan pihak sekolah adalah kerana murid terbabit perlu menghadapi peperiksaan.

“Tidak lama kemudian, wakil sekolah datang memohon maaf dan mengaku terlalu kasar dengannya.

Mereka juga menyerahkan sejumlah wang sebagai bentuk sumbangan,” katanya.

Kejadian yang dialami Azlina ini tidak patut dipandang enteng oleh pihak sekolah dan orang ramai kerana insiden ini bukan pertama kali berlaku.

Baca juga: Orang asing kantoi buat pizza tak pakai baju, warganet minta tularkan nama kedai

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*