Tular Pengantin Perempuan Terima Kereta Honda, Beras 15 Tan & Lembu Sebagai Hantaran

kereta honda hantaran

Tular Pengantin Perempuan Terima Kereta Honda, Beras 15 Tan & Lembu Sebagai Hantaran

Sebuah video yang memaparkan barangan hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan telah menjadi tular dan berjaya meraih perhatian ramai.

Hantaran mewah tersebut merupakan sebuah kereta Honda Brio berwarna merah yang dihiasi reben, seekor lembu serta seekor kambing.

Hantaran itu juga termasuk kira-kira 15 tan beras yang telah dibawa menggunakan lima buah trak pikap.

Selain itu, set perabot rumah dan pelbagai hidangan makanan serta minuman turut mewarnai kemeriahan perarakan sewaktu majlis perkahwinan tersebut.

Kemeriahan acara itu dilaporkan berlaku di Kampung Ngampelrejo, Bancar, Tuban.

Ketua Kampung Ngampelrejo, Tariyono mengesahkan dakwaan video yang tular itu benar berlaku di kampungnya.

Tariyono juga menganggarkan hantaran tular itu bernilai sehingga 400 juta rupiah (RM121k).

Merupakan adat resam turun-temurun

Tariyono juga menjelaskan, majlis perkahwinan secara mewah itu merupakan adat resam penduduk Desa Ngampelrejo, Tuban yang telah diwarisi sejak turun-temurun.

Pemberian pengantin lelaki kepada pasangan pengantin perempuan diharap dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga pengantin.

“Jadi ia menjadi kebangaan bagi ibu bapa jika mereka melangsungkan perkahwinan dengan pemberian hadiah seperti ini,” kata Tariyono.

BACA: Pelancong Patah Bahu, Motosikal Ditunggangi ‘Terbang’ Atas Pokok Gara-Gara Brek

Bagi majlis penyerahan hantaran pengantin wanita kepada pengantin lelaki akan dilakukan selepas akad nikah selesai.

“Proses dimulakan dengan permohonan, kemudian dilanjutkan dengan akad atau biasa dikenal dengan metu isuk di Desa Ngampelrejo. Jika kedua keluarga telah sepakat, maka ditentukan pula hari pernikahannya.

“Kemudian akad nikah diteruskan, resepsi dilanjutkan dengan penyerahan sesaji yang disusuli dengan hiburan tayub langen Tuban asli satu hari satu malam,” jelas Tariyono lagi.

Majlis serba mewah itu merupakan sambutan majlis perkahwinan bagi anak salah seorang pegawai kampung di Ngampelrejo, Tuban yang bernama Agus.

Pengantin lelaki yang bernama Doni itu bekerja sebagai ahli perniagaan dan pengatin perempuan pula bernama Irnanda, anak kepada penduduk tempatan.

Kedua-dua keluarga itu dipercayai berpengaruh dan disegani ramai di kalangan penduduk kampung mereka.

Menurut Tariyono, pernikahan yang megah dan mewah itu telah diadakan di rumah pengantin perempuan pada Ahad, 30 April lalu dengan istiadat Jawa.

Sumber: Detikjatim

The post Tular Pengantin Perempuan Terima Kereta Honda, Beras 15 Tan & Lembu Sebagai Hantaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*