Hanya Sempat Celup Jari, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Mengundi

meninggal dunia ketika mengundi

Hanya Sempat Celup Jari, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Mengundi

Seorang wanita warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rokan, lapor Sinar Harian.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 11 pagi tadi, di mana mangsa berusia 83 tahun baru sahaja selesai mencelup jarinya ke dalam dakwat sebelum tiba-tiba pengsan ketika hendak pergi membuang undi.

Warga emas itu kemudiannya dilaporkan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Gemencheh untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata bahawa siasatan awal mendapati mangsa telah hadir ke lokasi tersebut bersama ahli keluarganya.

“Namun semasa di saluran satu selepas mencelup jari dalam dakwat, wanita terbabit tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Pihak keluarga kemudiannya telah membawanya ke Klinik Kesihatan Gemencheh. Ketika di klinik itu, dia masih sedarkan diri namun paras oksigen didapati semakin menurun,”katanya dalam kenyataan pada media pada Sabtu.

Mangsa meninggal dunia di klinik kesihatan semasa sedang dirawat

Menurut Anuwal lagi, bantuan pernafasan telah diberikan kepada mangsa oleh pembantu pegawai perubatan klinik berkenaan, namun mangsa tidak berjaya untuk diselamatkan.

Tambahnya, sebelum kejadian tersebut, mangsa didapati mengadu kepada keluarganya bahawa dia mengalami sakit pada bahagian kaki.

Rasa sakit itu dikatakan bermula sejak mangsa pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada sebelum ini.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

“Namun ketika di pusat mengundi itu, mangsa telah berjalan kaki ke saluran satu.

“Difahamkan berdasarkan rekod perubatannya, mangsa adalah pesakit darah tinggi,” katanya.

Sementara itu, kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh pihak polis.

Sumber: Sinar Harian

The post Hanya Sempat Celup Jari, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Mengundi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*