Pakej 5G RAHMAH RM60 Sebulan, Phone RM240 Dah Boleh Langgan Mulai Esok

pelan 5g rahmah

Dah Boleh Langgan, “Phone” Dengan Pelan 5G Rahmah Serendah RM60 Ditawar Bermula Esok

Dalam era globalisasi ini, rangkaian internet dan jalur lebar semakin berkembang pesat dengan pelbagai pelan bahkan peranti yang semakin diperkukuhkan.

Tidak hairan sekiranya sebahagian besar syarikat pengeluar peranti dan rangkaian menawarkan pelbagai pakej menarik.

Baru-baru, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah memperkenalkan pelan perkhidmatan yang dikenali sebagai Pakej 5G RAHMAH.

Apa itu Pakej 5G RAHMAH

Pakej 5G RAHMAH merupakan insentif hasil kerjasama antara KKD, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti, Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.

Ini bermakna, Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G dengan pelan data (device bundle).

Tawaran Internet Serendah RM 60 Sebulan

Menariknya, pelan perkhidmatan internet oleh kerajaan ini menawarkan pelan pascabayar serendah RM60 dengan minimum 60GB data.

Tarikh Tawaran

Pakej ini akan mula ditawarkan bermula 31 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Dua Peranti Khusus

Melalui kerjasama dua syarikat peranti, Samsung Malaysia dan Honor Malaysia membolehkan pelan ini dilaksanakan di bawah telefon pintar berjenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G dengan harga serendah RM240.

Bagi Samsung A14 5G, peranti ini dilengkapi dengan spesifikasi 6GB memori RAM dan 128GB storan pada tanda harga RM949.00 di pasaran. Manakala Honor 90 Lite 5G, ia dilengkapi dengan 6GB memori RAM dan 256GB storan dan harga pasaran RM1,099.00.

Kedua-dua jenama telefon pintar ini ditawarkan dengan harga RM240 di bawah Pakej 5G RAHMAH.

Golongan Layak Melanggan Pakej 5G RAHMAH

Insentif  kerajaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Bagi golongan B40, KKD sebelum ini memaklumkan sejumlah 100,000 pelanggan terawal bakal menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00. 

BACA JUGA: KKD Tawar Pakej 5G Rahmah & Insentif “Postpaid” Rahmah Penjawat Awam

Perkara ini bermaksud bagi telefon pintar yang berharga RM240 sebelum ini, pelanggan (B40 terawal) hanya perlu membayar RM120 bagi setiap telefon pintar tersebut.

Bagaimanapun, sekiranya telco menyediakan telefon pintar pada harga yang lebih rendah daripada RM240, misalnya RM200. Harga yang perlu dibayar oleh pelanggan setelah ditolak subsidi adalah sebanyak RM80 sahaja.

Gambar: Fb KKD

Pendaftaran Pakej 5G RAHMAH 

Bermula 31 Ogos, pakej ini boleh dilanggan di pasaran dan tertakluk secara kontrak selama 24 bulan (2 tahun).

Selain itu, tempoh jaminan atau waranti yang ditawarkan juga adalah selama 2 tahun. Perkara ini merupakan penambahbaikan yang dilakukan oleh KKD berbanding hanya 1 tahun sebelum ini.

Bagi mereka atau individu yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu, secara bersemuka di Pusat jualan telco ataupun secara dalam talian di laman sesawang telco yang terlibat.

Had Langganan

Seperti yang diketahui, pakej ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pembelian serendah RM240.

Bagi 100,000 golongan B40 terawal yang layak mendapat subsidi serendah RM120 terhadap telefon pintar, hanya 1 pakej 5G RAHMAH sahaja yang sah dibeli dengan subsidi tersebut.

Untuk pembelian kedua dan seterusnya, harga peranti di bawah insentif itu adalah RM240.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh melayari laman web telco yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis. U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes).

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD)

The post Pakej 5G RAHMAH RM60 Sebulan, Phone RM240 Dah Boleh Langgan Mulai Esok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*