Harga Daging Jatuh Mendadak, Penternak Agih Biri-biri Secara Percuma Elak Kerugian

penternak biri-biri percuma australia

Harga Daging Jatuh Mendadak, Penternak Agih Biri-biri Secara Percuma Elak Kerugian

Penternak biri-biri di Australia mengambil tindakan drastik untuk mengedarkan haiwan ternakan masing-masing secara percuma susulan penurunan harga yang mendadak, baru-baru ini.

Difahamkan, harga pasaran daging biri-biri di negara itu telah jatuh sebanyak 75 peratus dan menggemparkan industri ternakan di sana.

Menurut laporan Bloomberg, harga tersebut mencapai paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

Penurunan harga yang sanagt rendah ini menyebabkan penternak haiwan berdepan dengan kekecewaan dan kerugian.

Selain itu, harga biri-biri juga dilaporkan merudum dengan harga ternakan tua hanya mencapai kira-kira $34 (RM159.27) secara purata pada Oktober.

Ada beberapa laporan mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini dijual dengan harga kurang dari satu dolar seekor, kata Jackson.

Banyak rumah persembelihan berada dalam kapasiti penuh dan menyebabkan segelintir pengusaha mengambil langkah drastik untuk mengurangkan bekalan.

Antaranya termasuklah, memberikan kambing biri-biri mereka secara percuma atau mematikan haiwan ternakannya bagi mengelakkan dari menanggung kos penjagaan dan seterusnya mambawa kepada kerugian.

“Sebahagian penternak hampir tidak mendapat apa-apa keuntungan. Keadaan sangat tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” ujar Andew Spencer, pengerusi di Sheep Producers Australia seperti dilaporkan Bloomberg.

Malah, ada penternak juga mengambil keputusan untuk memberikan biri-biri yang berkualiti rendah secara percuma kepada syarikat pengeluar makanan haiwan.

Mengapa harga biri-biri jatuh secara mendadak?

Menurut, News.com.au, masalah ini berpunca daripada isu bekalan biri-biri yang melebihi daripada permintaan di pasaran.

Taburan hujan dalam masa tiga tahun kebelakangan ini lebih tinggi daripada purata, sekali gus membawa kepada penghasilan rumput dan makanan ternakan yang banyak untuk ternakan.

Situasi ini membolehkan para penternak untuk menambah kuantiti kambing biri-biri dalam simpanan mereka.

Setakat ini, jumlah biri-biri di Australia dianggarkan berjumlah kira-kira 79 juta ekor iaitu, tiga kali ganda daripada jumlah penduduk di negara itu.

Jumlah ini sekali gus menjadi negara tersebut sebagai negara pengeluar biri-biri terbesar di dunia sejak 2007 lagi.

Sebelum ini, kerajaan Australia merancang untuk menghentikan aktiviti eksport biri-biri hidup melalui jalan laut secara berperingkat melalui laut.

Hal ini kerana, kumpulan kebajikan haiwan mendakwa tindakan eksport secara hidup ini dianggap menyebabkan haiwan tersebut menanggung penderitaan berlebihan.

Namun, rancangan kerajaan ini dianggap telah menambah kebimbangan terhadap lebihan bekalan biri-biri di negara tersebut.

Penghentian secara berperingkat ini bermaksud, para penternak perlu mengurangkan bilangan biri-biri mereka dan hanya mengeksportnya melalui laluan udara.

Mereka juga boleh memilih untuk menyembelih biri-biri sebelum dagingnya boleh dieksport ke luar nagara.

Tarikh pemberhentian secara berperingkat belum diumumkan, walaupun kerajaan telah memaklumkan bahawa rancangan ini tidak akan berlaku sebelum 2025.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: News.com.au

The post Harga Daging Jatuh Mendadak, Penternak Agih Biri-biri Secara Percuma Elak Kerugian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*