Singa Jantan Dipercayai Tertua Di Dunia Mati Ditikam

singa tertua mati ditikam

Singa Jantan Dipercayai Tertua Di Dunia Mati Ditikam

Seekor singa jantan yang dipercayai antara yang tertua di dunia dilapor mati selepas ditikam dengan lembing oleh penternak di Kenya.

Lookiito, iaitu singa jantan yang berumur 19 tahun ditikam dengan lembing selepas memburu ternakan di kampung Olkelunyiet di Taman Negara Amboseli.

Menurut laporan kumpulan pemuliharaan Lion Guardians, Loonkiito ialah singa jantan tertua dalam ekosistem dan mungkin di Afrika.

Kebiasaanya, singa mampu hidup hingga usia 13 tahun di alam liar. Walaupun habitat hampir semua singa terletak di Afrika, namun populasi kecil haiwan itu juga boleh ditemui di India.

Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (KWS) dalam satu kenyataan berkata, Lookiito adalah singa tua yang mungkin mundar-mandir di kawasan kampung untuk mendapatkan makanan.

Walau bagaimanapun KWS tidak dapat mengesahkan sama singa tersebut adalah singa paling tua di Kenya. Namun begitu, badan berkenaan mengesahkan usia singa itu ‘sangat tua’.

Dalam pada itu, Maasai iaitu kumpulan pelindung singa di Kenya berkata, pertembungan antara singa dengan manusia boleh menjadi petanda penghujung musim kemarau.

Menurut Maasai, apabila kemarau semakin tiba ke penghujung, haiwan buruan singa semakin pulih dari kesan kemarau dan semakin sukar diburu. Dalam situasi terdesak untuk mendapatkan makanan, singa-singa ini akan beralih arah kepada ternakan manusia.

Ujar kumpulan itu lagi, kematian Lookiito merupakan situasi sukar bagi kedua-dua pihak, iaitu manusia dan singa. Lookiito sebelum ini diangkat sebagai simbol kecekalan dan keboleh hidup bersama oleh Maasai.

Manakala Ketua Eksekutif  WildlifeDirect, Paula Kahumbu pula menggesa langkah memelihara hidupan liar di Afrika dipertingkat.

“Ini adalah titik pecah konflik manusia- hidupan liar dan kita perlu melakukan lebih banyak lagi sebagai sebuah negara untuk memelihara singa yang sedang pupus, ” kata Kahumbu.

Populasi singa kini telah menurun secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 20,000 singa yang bebas hidup secara liar. Kematian setiap singa terutamanya yang sudah berusia seperti Loonkiito merupakan tamparan hebat kepada spesies itu. Ia juga memberi kesan kepada usaha berterusan untuk memelihara populasi singa.

BACA: Tips Mudah Cuci Brokoli, Guna Dua Bahan Je, Tak Perlu Berus “Wax” Terus Hilang

Sumber: Live Mint

The post Singa Jantan Dipercayai Tertua Di Dunia Mati Ditikam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*