Harga Makanan Global Meningkat 14.3 Peratus Pada 2022 – FAO

Harga Makanan Global Meningkat

ROM, 7 Jan (Bernama) — Kenaikan harga tenaga dan baja yang berpunca daripada konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine menyebabkan peningkatan sebanyak 14.3 peratus ke atas harga makanan global pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FOA), lapor Xinhua.

Pada 2022, subindeks agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan harga bijirin menokok 17.9 peratus daripada 2021, harga minyak sayuran meningkat 13.9 peratus, tenusu (19.6 peratus), daging (10.4 peratus) dan gula (4.7 peratus).

Penurunan pada Disember sebahagian besarnya didorong oleh penyesuaian fungsi pasaran dengan gangguan pengedaran, peningkatan harga pengangkutan dan penurunan tahap permintaan yang berpunca daripada pertumbuhan lembab ekonomi global.

Harga bijian dan bijirin menunjukkan 1.9 peratus lebih rendah, harga daging 1.2 peratus lebih rendah, harga minyak sayuran menyusut 6.7 peratus, harga tenusu 1.1 peratus lebih tinggi dan harga gula 2.4 peratus lebih tinggi untuk bulan ke bulan pada Disember.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

FAO sebelum ini berulang kali memberi amaran bahawa kenaikan harga makanan mengancam keselamatan makanan global terutamanya di negara miskin.

“Adalah penting untuk terus berwaspada dan mengekalkan fokus untuk mengurangkan ketakjaminan makanan makanan global memandangkan harga makanan dunia kekal pada paras tinggi dengan banyak makanan ruji menghampiri rekod tertinggi . Harga beras meningkat dan masih banyak risiko yang berkaitan dengan bekalan masa depan,” kata Ketua Pakar Ekonomi FAO Maximo Torero dalam satu kenyataan.

Indeks Harga Makanan adalah berdasarkan harga seluruh dunia untuk 23 kategori komoditi makanan meliputi harga untuk 73 produk berbeza berbanding tahun asas. Indeks FAO seterusnya dijadualkan dikeluarkan pada 3 Feb 2023.

Sumber: BERNAMA

 

The post Harga Makanan Global Meningkat 14.3 Peratus Pada 2022 – FAO appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*