Harga Petrol RON97, RON95, Diesel Kekal

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 5 hingga 11 Jan ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga runcit bagi kedua-dua produk itu telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Harga runcit petrol RON97 pula diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa,” menurut kenyataan itu.

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

BACA: Harga Minyak & Petrol Pertamina Turun

Sumber: Bernama

The post Harga Petrol RON97, RON95, Diesel Kekal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*