Hari Kebangsaan: Kedah Guna Logo, Tema Sama Seperti Kerajaan Persekutuan

kedah logo tema persekutuan

Hari Kebangsaan: Kedah Guna Logo, Tema Sama Seperti Kerajaan Persekutuan

ALOR SETAR, 23 Ogos (Bernama) — Kerajaan Negeri Kedah akan mengguna pakai logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini sama seperti Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Kita ikut Persekutuan sama dengan Terengganu, itu pendirian kita. Tak ada isu, logo dan tema yang sama… pasal sambutan itu di peringkat kebangsaan, negeri ikut sajalah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Baru-baru ini Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan sebagai berkata empat negeri di bawah pemerintahan gabungan politik itu termasuk Kedah mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza daripada Kerajaan Persekutuan untuk sambutan peringkat negeri.

Untuk rekod, Kelantan juga akan menggunakan logo dan tema yang sama dengan Kerajaan Persekutuan bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

BACA: Kakitangan Awam Negeri Kedah Terima Bantuan Khas RM400

Kelantan guna logo, tema sama dengan persekutuan

Sebelum ini, media turut melaporkan Kelantan akan menggunakan logo dan tema yang sama dengan kerajaan Persekutuan bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Bagaimanapun, beliau berkata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang bermesyuarat hari ini turut bersetuju menambah cogan kata kerajaan negeri pada tema yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan.

“Tema sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Kelantan kita kekalkan seperti tema yang digunakan di peringkat Persekutuan iaitu Malaysia MADANI:Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

“Tetapi ia disambung dengan Membangun Bersama Islam yang kita jadikan cogan kata kerajaan negeri,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Hari Kebangsaan: Kedah Guna Logo, Tema Sama Seperti Kerajaan Persekutuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*