Semua Perkhidmatan Rel Kendalian Rapid KL Beroperasi 4 Pagi, 31 Ogos

rapid kl 31 ogos

Semua Perkhidmatan Rel Kendalian Rapid KL Beroperasi 4 Pagi, 31 Ogos

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Semua operasi rel merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan 50 bas perantara percuma disediakan dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya yang turut akan beroperasi bermula 4 pagi.

Selain itu, tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya juga disediakan.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, sambutan berkenaan yang bertaraf nasional dan berskala besar dijangka menerima pengunjung menjangkau 100,000 orang.

Putrajaya sebelum ini menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Sumber: BERNAMA

BACA: Purata Perjalanan Penumpang Harian MRT2 Meningkat 305 Peratus

The post Semua Perkhidmatan Rel Kendalian Rapid KL Beroperasi 4 Pagi, 31 Ogos appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*