“Hati Saya Bukan Robot” – Wanita Kesal Suami Buat Tak Endah Bila Suruh Datang Azankan Bayi Baru

Dikenali di platform media sosial kerana sering memuat naik video makan ulam, sayur-sayuran ataupun herba mentah, Cik Pia atau nama sebenar, Nursufia Johari  kini sedang menjalani satu dugaan besar dalam perkahwinan.

Cik Pia ada berkongsikan satu video di TikTok memaparkan dirinya menitiskan air mata kerana mengenang keadaan yang sedang dihadapi olehnya sewaktu hamil ketika ini.

Advertisement

Di dalam video tersebut, Cik Pia kelihatan memakai baju pink sementara menunggu waktu bersalin berasa pilu melihat para-para ibu mengandung ditemani suami disisi.

Difahamkan, hubungan perkahwinan mereka ketika ini tidak begitu baik hinggakan apabila wanita terbabit meminta si suami datang mengazankan zuriat, dia hanya mendiamkan diri tanpa memberi jawapan.


CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*