Hidup Tanpa Air Dan Elektrik, Rakyat Malaysia Di Gaza Kongsi Situasi Genting Dihadapi Kini

rakyat malaysia gaza

Hidup Tanpa Air Dan Elektrik, Rakyat Malaysia Di Gaza Kongsi Situasi Genting Dihadapi Kini

Seorang doktor dari Malaysia yang berada di Palestin berkongsikan keadaan semasa dan terkini di Palestin susulan pergolakan yang berlaku di sana.

Doktor yang dikenali sebagai Nurul Ain itu menerusi perkongsian video di TikTok oleh Sinar Harian berkata bahawa dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Menurut Dr Nurul Ain, dia bagaimanapun tidak cukup tidur kerana beberapa siri letupan telah terjadi sepanjang malam tadi.

Selain itu, bekalan elektrik dan air di Palestin juga telah tiada dan terpaksa menggunakan bateri kereta untuk menggunakan elektrik.

Kredit Sinar Harian

“Alhamdulillah saya baik. Untuk yang tak ada rumah, rumah yang dah musnah mereka berlindung di rumah lain, dekat sekolah. Serta ada yang lari rumah saudara-mara atau kawan-kawan.

” Teruskan menyokong kami, doakan kami. Insya-Allah semua akan okay. Terima kasih semua,” kata Dr Nurul Ain menerusi perkongsian video tersebut.

Menerusi video perkongsian itu lagi, kepulan asap hitam juga dilihat memenuhi beberapa ruangan langit bumi Palestin kesan daripada letupan yang berlaku.

Kerajaan Malaysia sedang berusaha membawa keluar rakyat Malaysia yang berada di Palestin

Dalam perkembangan terbaru, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambri Abd Kadir berkata bahawa mereka sedang berusaha untuk membawa keluar Dr Nurul Ain.

Dr Nurul Ain Latif dari Kota Bharu, Kelantan itu telah berkahwin dengan seorang warga Palestin dan kini berada di sana bersama keluarga suaminya.

“Kita sedang berusaha untuk melakukan proses evakuasi buat Dr Nurul Ain. Hingga kini kita mendapat kerjasama daripada kedutaan Filipina. Ia bagi mengeluarkan keluarga ini bersama-sama lapan warga Indonesia yang berada di kawasan itu,” kata Zambry di Dewan Rakyat.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Semalam, Wisma Putra mengesahkan bahawa seramai lima rakyat Malaysia iaitu seorang wanita dan seorang ibu bersama tiga anaknya berada di Tebing Barat.

Sehubungan dengan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan sentiasa berhubungan dengan mereka bagi mengetahui keadaan semasa mereka.

Sumber: Sinar Harian, BERNAMA

The post Hidup Tanpa Air Dan Elektrik, Rakyat Malaysia Di Gaza Kongsi Situasi Genting Dihadapi Kini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*