Hubungan Tidak Direstui, Pemuda Tergamak Bunuh Lima Sekeluarga

Pemuda bunuh lima sekeluarga

Hubungan Tidak Direstui, Pemuda Tergamak Bunuh Lima Sekeluarga

Seorang pemuda bertindak kejam apabila dilapor membunuh satu keluarga bekas kekasihnya, dalam kejadian yang berlaku Selasa lepas di Kalimantan Timur, Indonesia.

Menurut laporan media tempatan, kejadian menyayat hati itu berlaku di rumah bekas kekasihnya di Desa Babulu Laut.

Lima mangsa yang dibunuh menggunakan parang merupakan sepasang suami isteri dan tiga anak mereka termasuk bekas kekasihnya.

Pemuda bunuh lima sekeluarga kerana cinta tidak direstui

Tribun News melaporkan motif pembunuhan tersebut dipercayai berpunca daripada kegagalan percintaan akibat hubungan tidak direstui.

Suspek didakwa merasa sangat kecewa dan sakit hati dengan tindakan keluarga bekas kekasihnya.

Kronologi pembunuhan didedahkan polis

Menurut polis, suspek dikatakan telah memutuskan bekalan elektrik rumah mangsa sebelum menyelinap masuk ke kediaman tersebut sambil membawa sebilah parang.

Suspek kemudian terserempak dengan ayah bekas kekasihnya di dalam rumah tersebut yang gelap sebelum menetak mangsa.

Selepas itu, suspek memasuki sebuah bilik dimana ibu dan dua adik beradik bekas kekasihnya berada. Suspek seterusnya bertindak membunuh ketiga-tiga mangsa.

Polis memberitahu suspek selepas itu menuju ke bilik bekas kekasihnya dan turut membunuh gadis tersebut. Polis juga memaklumkan mangsa turut dirogol suspek selepas dibunuh.

Ketika suspek mahu meninggalkan lokasi kejadian, dia melihat mangsa pertama masih bergerak dan bernyawa. Keadaan itu menyebabkan suspek sekali lagi bertindak menetak mangsa sehingga meninggal dunia.

Keadaan semua mangsa yang meninggal dunia 

Menurut Tribun News, mayat semua mangsa yang dibunuh dihantar ke Hospital Umum Daerah Penajam Paser Utara untuk dibedah siasat.

Sementara itu, sumber hospital memaklumkan hasil bedah siasat mendapati semua mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Ada kesan luka pada bahagian kepala yang sangat serius dan hampir terbelah. Waris keluarga tersebut turut meminta jasad semua mangsa segera diuruskan supaya dapat dikebumikan dengan segera.

“Sebelum dimandikan, kami menjahit luka-luka pada mayat semua mangsa,” kata wakil hospital berkenaan.

BACA: Pelakon Alih Suara BM Watak Squidward, Son Goku & Banyak Lagi Meninggal Dunia

Sumber: Memomedsos, Tribunnews

The post Hubungan Tidak Direstui, Pemuda Tergamak Bunuh Lima Sekeluarga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*