Kematian Di Turkiye & Syria Dijangka Meningkat 8 Kali Ganda

Kematian Di Turkiye & Syria

Angka kematian di Turkiye & Syria dijangka meningkat  lapan kali ganda susulan gempa bumi di negara tersebut, jumlah kematian terkini dilaporkan melebihi 2,600.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria semalam boleh meningkat melebihi 2,600 orang.

Pegawai Kecemasan Kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Eropah), Catherine Smallwood sewaktu memaklumkan kepada AFP bahawa jumlah tersebut berkemungkinan meningkat sebanyak lapan kali ganda dari angka awal.

“Terdapat potensi berlakunya keruntuhan berterusan. Jadi kami meramalkan kebarangkalian itu. Kami sentiasa peka dengan gempa bumi.

“Laporan awal mendedahkan bilangan mangsa atau orang yang tercedera akan meningkat dengan ketara pada minggu berikutnya,” katanya.

Sejak gempa bumi dengan kekuatan 7.8 magnitud dikesan melanda berhampiran bandar Gaziantep di Turki. Jumlah korban telah meningkat dengan pantas malah menghampiri angka 2,700.

Tambahan lagi, ia berlaku pada jam 4.17 pagi waktu tempatan semalam pada kedalaman kira-kira 18 kilometer (11 batu) di dalam laut.

Sementara itu, Ahli Seismologi dari Kajian Geologi Denmark dan Greenland, Tine Larsen memaklumkan gegaran itu turut dirasai sehingga di pantai timur Greenland.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Istana Gaziantep Berusia 2,200 Tahun Runtuh

Difahamkan, pasukan penyelamat bergelut untuk menyelamat dan mengesan mangsa yang telah terperangkap di bawah ribuan runtuhan bangunan.

Keadaan bertambah buruk lagi apabila pasukan penyelamat berdepan kesukaran berikutan ia berlaku sewaktu pertengahan musim sejuk. Perkara itu sekaligus merisikokan mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan tanpa sebarang perlindungan.

“Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke rumah, mereka akan berkumpul dan ditempatkan di persekitaran kem sementara.

“Bagaimanapun perkara itu perlu diuruskan dengan baik agar tidak menimbulkan risiko tertentu seperti tiada alat pemanasan dan berlaku kesesakan.

“Perkara itu juga boleh mendorong kepada berlakunya risiko penularan virus pernafasan dalam kalangan orang awam, ” jelas Smallood selepas beberapa minit gempa yang dapat dirasai hingga ke pantai timur Greenland.

Untuk pengetahuan, Turkiye terletak di salah satu lokasi seismik (gempa) paling aktif di dunia termasuk gegaran yang berlaku semalam.

Terdahulu, gempa bumi terburuk yang pernah direkodkan berlaku di Turkiye adalah pada tahun 1999 dengan mengorbankan lebih 17,000 orang.

Sumber: AFP 

The post Kematian Di Turkiye & Syria Dijangka Meningkat 8 Kali Ganda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*