Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Landa Utara Semenanjung Dan Barat Sabah Bermula 24 Mei

Hujan lebat landa semenanjung

Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Landa Utara Semenanjung Dan Barat Sabah Bermula 24 Mei

KUALA LUMPUR —  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dan barat Sabah serta kawasan perairan bermula 24 hingga 31 Mei 2023.

Menerusi satu kenyataan, ia adalah susulan tiupan angin barat di rantau negara yang dijangka meningkat disebabkan oleh Taufan Mawar.

Hujan Lebat & Angin Kencang Landa Utara Semenanjung & Barat Sabah 

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, tiupan angin barat di rantau negara dijangka meningkat disebabkan oleh Taufan Mawar.

“Ketika ini, ia berada di barat lautan Pasifik dan dijangka bergerak ke arah barat laut menuju ke utara Filipina.

“Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dan barat Sabah serta kawasan perairanya,” lapor MetMalaysia.

Sementara itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan, Phuket, dan Selat Melaka Utara dari 26 Mei hingga 1 Jun 2023.

“Oleh itu, Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” maklumnya.

BACA  JUGA: Cuaca Panas: 15 Kawasan Di Seluruh Malaysia Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Terdahulu, Met Malaysia mengeluarkan amaran angin ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri pada petang tadi.

Antara negeri yang diramal termasuklah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor Sarawak dan Sabah.

“Di Perak daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi negeri Pantai Timur (Kelantan) pula di daerah Jeli dan Gua Musang. Manakala di daerah Terengganu melibatkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Tambah MetMalaysia, hanya tiga daerah di Pahang diramal mengalami cuaca itu, Tanah Tinggi Cameron, Bentong dan Kuantan.

“Di Selangor, dua daerah diramal iaitu Hulu Selangor dan Gombak. Selain itu, daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi juga tidak terkecuali di Johor.

“Bagi negeri Sarawak, daerah yang terlibat adalah Kuching (Bau dan Lundu), Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga) dan Bintulu.

“Manakala di Sabah pula adalah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” lapor kenyataan itu.

Difahamkan, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku sehingga jam 7 malam ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

The post Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Landa Utara Semenanjung Dan Barat Sabah Bermula 24 Mei appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*