Api Marak, Viral Dashcam Rakam Ada Kenderaan Terbakar Di Lebuhraya MEX Pagi Tadi

Kereta Terbakar Di Lebuhraya MEX Menghala Ke Kuala Lumpur

Api Marak, Viral Dashcam Rakam Ada Kenderaan Terbakar Di Lebuhraya MEX Pagi Tadi

Satu kejadian kebakaran melibatkan kenderaan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) berdekatan susur keluar ke Kuala Lumpur, sekitar 7.09 pagi tadi.

Menerusi hantaran pengguna KukkieCats (@KittyCathooman) di laman X, rakaman yang diambil dari kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan insiden terbabit dari arah yang bertentangan.

Klip video pendek tersebut menunjukkan keadaan kenderaan yang berada pada lorong kanan berdekatan pembahagi jalan yang sedang dijilat api.

Berdasarkan rakaman tersebut, kelibat pasukan penyelamat dan pasukan perubatan turut kelihatan berada di lokasi kejadian.

Tidak dapat dipastikan insiden kebakaran tersebut melibatkan berapa buah kenderaan. Juga tiada maklumat lanjut mengenai pemandu atau penumpang kenderaan yang terlibat.

Maklumat lanjut akan menyusul.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Kod Warna Pada Bungkusan Beras Ramai Tak Tahu

Sumber: Akaun X KukkieCats

The post Api Marak, Viral Dashcam Rakam Ada Kenderaan Terbakar Di Lebuhraya MEX Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*