Hujan Lebat & Ribut, Tular Keadaan Sekolah Di Melaka Tercabut Bumbung & Alami Kerosakan

Hujan lebat di Melaka

Hujan Lebat & Ribut, Tular Keadaan Sekolah Di Melaka Tercabut Bumbung & Alami Kerosakan

Sebuah sekolah di Melaka dilaporkan mengalami kerosakan teruk selepas hujan lebat dan ribut melanda negeri itu sebentar tadi.

Video kerosakan sekolah itu telah dikongsikan di platform X oleh @Melakahariini yang menunjukkan beberapa atap sekolah berterabur ditiup angin.

Menerusi perkongsian itu, kejadian itu dikatakan berlaku di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka.

Berdasarkan video muat naik tersebut, atap berwarna merah itu bertaburan di sekitar kawasan sekolah yang terjejas selepas dilanda ribut.

“Hujan lebat dan ribut di Melaka pada petang ini menyebabkan kerosakan teruk pada beberapa bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Batu Berendam,” tulis perkongsian tersebut.

Beberapa kawasan di Melaka turut dilanda hujan lebat dan ribut

Selain itu, menerusi perkongsian yang berasingan, beberapa video dan perkongsian turut menunjukkan beberapa kawasan mengalami kejadian ribut yang sama.

Antaranya kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam. Dalam kejadian itu, pokok itu turut dikatakan telah menghempap sebuah kereta yang berada berdekatan.

Beberapa anggota pasukan penyelamat Bomba juga dilihat berada di tempat kejadian bagi membantu proses menyelamat.

Orang ramai terutamanya yang berada di sekitar lokasi kejadian turut berkongsi situasi tersebut menerusi akaun media sosial masing-masing.

“Susulan hujan lebat yang melanda Taman Merdeka Permai, Batu Berendam dilaporkan ada beberapa pokok tumbang dan bumbung bangunan menghempap kereta,” tulis dalam perkongsian berasingan.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: X/@Melakahariini

The post Hujan Lebat & Ribut, Tular Keadaan Sekolah Di Melaka Tercabut Bumbung & Alami Kerosakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*