3,402 Aduan Berkaitan Masalah Jalan Raya Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan

aduan masalah jalan raya

3,402 Aduan Berkaitan Masalah Jalan Raya Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan

Kementerian Kerja Raya (KKR) melaporkan bahawa sebanyak 3,403 aduan berkaitan masalah jalan raya telah diterima menerusi aplikasi MYJalan sejak 1 Ogos hinga 23 Oktober lalu.

Aduan itu termasuk berkaitan dengan jalan berlubang, kerosakan papan tanda serta perabot jalan dan sebagainya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Menterinya iaitu Alexander Nanta Linggi menerusi hantaran muat naik di Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut hantaran itu lagi, semua aduan yang diterima adalah membabitkan jalan di bawah seliaan KKR melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Aduan juga diterima membabitkan jalan negeri dan jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masing-masing dibawah bidak kuasa negeri.

Tambahnya, daripada jumlah keseluruhan aduan tersebut, hanya 26.8 peratus atau sebanyak 912 aduan membabitkan jalan di bawah kendalian agensi KKR.

“Daripada jumlah keseluruhan aduan itu, hanya 26.8 peratus atau 912 aduan membabitkan jalan kendalian agensi KKR, manakala selebihnya iaitu 73.2 peratus (2,491 aduan) adalah jalan negeri dan jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” kata Alexander.

Kredit KKR

Beliau turut berkongsi pecahan bagi 912 aduan yang membabitkan jalan seliaan agensi KKR.

Sebanyak 30 peratus atau 275 aduan adalah aduan jalan berlubang, 20 peratus (187 aduan) berkenaan lampu jalan, 19 peratus (174 aduan) berkenaan jalan rosak dan 11 peratus (98 aduan) berkenaan lampu isyarat.

Selain itu, 7 peratus (64 aduan) berkenaan garisan jalan, 5 peratus (49 aduan) berkenaan halangan, 3 peratus (23 aduan) berkenaan papan tanda dan 2 peratus (21 aduan) berkenaan kemudahan awam.

Manakala 2 peratus (16 aduan) berkenaan perabot jalan dan 1 peratus (lima aduan) berkenaan tanah runtuh.

Kredit KKR

675 aduan sudah diselesaikan dalam tempoh satu bulan

Difahamkan, sebanyak 676 aduan daripada jumlah itu telah diselesaikan oleh agensi KKR dalam tempoh satu hingga 30 hari. Manakala sebanyak 236 aduan masih sedang dalam proses untuk tindakan segera.

Dalam pada itu, KKR juga telah menerapkan dasar ‘No Wrong Door Policy’ di dalam aplikasi MYJalan, di mana mereka terbuka menerima aduan termasuk jalan negeri dan PBT.

Alexander berkata lagi bahawa langkah itu dilakukan untuk memastikan isu yang dilaporkan dapat disampaikan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan segera.

“Langkah itu dilakukan bagi memastikan isu berkaitan jalan yang dilaporkan oleh pengguna dapat disampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Seterusnya, mereka juga dapati mengambil tindakan yang sewajarnya dengan dengan kadar segera,” tambah Alexander lagi.

KKR terus komited dalam meningkatkan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan dalam memastikan kerjasama dapat dilakukan bagi menambahbaik berkenaan isu itu.

Selain itu, KKR juga dikatakan akan mengadakan perbincangan bersama beberapa kementerian lain bagi bekerjasama dalam menangani isu tersebut.

“Saya juga akan mengadakan perbincangan bersama kementerian lain yang terlibat bagi bekerjasama dalam menangani isu ini. Ia selari dengan prinsip ‘whole of Government approach’.

“Saya percaya, isu-isu berkaitan jalan raya boleh dikendalikan dengan lebih baik dan pantas. Terutama dengan kerjasama baik dan rapat antara semua pemegang taruh terutama KKR, Kerajaan Negeri, PBT dan pengguna jalan raya sendiri,” tegas Alexander lagi. 

Dalam masa yang sama, Alexander juga menyeru agar orang ramai memuat turun aplikasi MYJalan di telefon bimbit mereka bagi memudahkan proses aduan tersebut.

Untuk makluman, aplikasi MYJalan adalah satu inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya untuk membuat aduan berkaitan kerosakan jalan raya.

Insiatif itu telah diperkenalkan oleh KKR pada 1 Ogos lalu dan telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri pada 24 Ogos lalu.

Sumber: Facebook/Alexander Nanta Linggi

The post 3,402 Aduan Berkaitan Masalah Jalan Raya Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*