Hujan Meteor Perseids Bermula Lewat Malam Ini

Hujan Meteor Perseids

Hujan Meteor Perseids Bermula Lewat Malam Ini

Bermula lewat malam ini (13 Ogos 2023) hingga awal pagi esok (14 Ogos 2923), kemuncak Hujan Meteor Perseids dijangka berlaku.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, fenomena tahunan tersebut berlaku sejak 17 Julai hingga 24 Ogos nanti.

Pada malam ini ia merupakan kemuncak hujan meteor itu dengan purata 100 meter jam boleh dilihat dalam keadaan langit yang gelap dan cuaca yang baik.

Orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan meteor ini ekoran faktor Bulan Sabit Tua yang tidak menjejaskan penampakan meteor berkenaan.

“Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana Bulan Sabit Tua (5.4 peratus) yang akan terbit sekitar 5.25 pagi tidak menjejaskan kenampakan Hujan Meteor Perseids,” maklum MYSA.

Tips Untuk Mencerap Hujan Meteor Perseids

Gambar: MYSA

Pertama, pastikan anda berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya).

Kedua, pandangan anda juga tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.

Ketiga, jauhi persekitaran yang bercahaya. Lebih gelap, lebih baik.

Keempat, sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.

Kelima, tidak perlu memfokuskan ke arah buruj Perseus sahaja untuk melihat hujan meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.

Hujan Meteor Perseids

Gambar: AFP

Untuk makluman, Hujan Meteor Perseids merujuk titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus.

Perseus ialah buruj langit utara. Ia terletak di antara buruj Auriga dan buruj Cassiopeia. Mirfak, bintang yang paling terang di Perseus, adalah lebih besar daripada Matahari

BACA JUGA: Purata 20 Meteor Perjam, Jangan Lepaskan Peluang Tengok Kemuncak Hujan Meteor Awal Pagi 29 Julai Ini

Walau bagaimanapun, kemunculan fenomena ini masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Hujan Meteor Perseids ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari dan merentasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle.

Komet Swift-Tuttle

Komet merupakan pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais yang tersebar apabila mengorbit mendekati Matahari.

Bagi Komet Swift-Tuttle, ia pertama kali dijumpai pada tahun 1862 oleh Lewis Swift dan Horace Tuttle.

Tambah MYSA lagi, Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer. Ia mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

Komet ini kali terakhir mendekati Bumi pada tahun 1992 dan dijangkakan akan menghampiri Bumi semula pada tahun 2126.

Difahamkan, sewaktu komet itu mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut.

Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

The post Hujan Meteor Perseids Bermula Lewat Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*