“IA ADALAH KISAH SILAM SAYA… KENAPA PERLU SEBARKAN SELEPAS 4 TAHUN” – AMEERUL ASYRAF JAWAB ISU VIDEO CIUM DI KELAB MALAM

Itulah kata pelakon Ameerul Asyraf Mohammad, 32, yang mengaku video aksi cium dalam sebuah kelab yang ketika ini tular adalah dirinya.

Pelakon itu bagaimanapun menjelaskan video berkenaan merupakan rakaman lama yang dirakamkan sekitar tahun 2019 dan mempersoalkan kenapakah ada pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan aibnya termasuk kepada teman wanitanya dikenali sebagai Eyra Zirah.

Sebelum ini, Eyra yang mendakwa dia teman wanita Ameerul itu mendedahkan video tersebut di laman Tiktok miliknya selain meluahkan rasa kecewa pelakon berkenaan bersikap curang terhadapnya.

Klik untuk gambar besar

Ini kerana kata Eyra, dia sentiasa bersama Ameerul pada waktu senang dan susah malah mendakwa pelakon itu berjanji mahu mengikat tali pertunangan dengannya tahun ini.

Dalam pada itu, Ameerul tidak menolak video tersebut dihantar sendiri oleh wanita bersamanya dalam rakaman berkenaan kepada Eyra memandangkan tiada siapa memiliki salinan video tersebut.

Jelas Ameerul, dia sendiri tidak pasti motif wanita tersebut bertindak sedemikian apatah lagi selepas empat tahun kejadian itu berlaku.

“Mungkin ini ujian saya sebagai anak seni. Saya tidak tahu kenapa ada pihak perlu sebarkan sekarang selepas empat tahun kejadian itu berlalu.

“Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya. Saya tidak tahu jika ada pihak tidak berpuas hati dengan saya sebab pelik juga kenapa baru sekarang nak sebarkan?

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*