Tak Sama, Rupanya Ini Maksud Bunga Tayar Kereta Yang Ramai Tak Ambil Tahu

corak bunga tayar

Ini Sebab Kenapa Corak Bunga Tayar Penting Untuk Kereta Anda

Tayar kereta adalah komponen terpenting yang perlu ada pada sesebuah kereta. Tanpa tayar, kereta tidak akan dapat bergerak, sekaligus tidak dapat memenuhi fungsi utama sesebuah kereta.

Namun begitu, tidak semua orang peka dengan keadaan tayar kenderaan mereka dan apa bentuk bunga tayar yang ada pada tayar.

Untuk pengetahuan anda, untuk tayar di atas jalan raya terdapat tiga jenis bunga yang boleh dipilih.

Tiga jenis corak bunga itu adalah corak simetri, corak satu arah dan corak  tidak simetri

Corak simetri

Corak bunga tayar jenis ini adalah yang biasa ditemui pada kenderaan-kenderaan di atas jalan raya. Corak ini dipanggil sebegitu kerana mempunyai dua bahagian bunga iaitu kanan dan kiri yang direka dalam bentuk yang sama.

Tayar dengan reka bentuk ini dipercayai mampu berputar ke mana-mana arah dan diletakkan di kedua-dua belah kereta. Ia menawarkan kelancaran pemanduan yang menyenangkan, kestabilan arah yang tinggi dan cengkaman ke atas jalan yang sangat baik.

Kredit JOEY BERNARDEZ

Selain itu, bunga tayar corak ini juga menghasilkan bunyi pusingan tayar yang paling sedikit berbanding jenis-jenis lain.

Tayar ini juga memiliki rintangan gulingan yang rendah, di mana ia baik untuk mengoptimumkan penggunaan bahan api, memanjangkan jangka hayat tayar dan berikan nilai pulangan yang baik kepada pengguna.

Tayar dengan corak bunga simetri biasanya dijumpai pada kenderaan komersial di atas jalan.

Corak satu arah

Tayar corak bunga satu arah biasanya dijumpai dalam reka bentuk seperti anak panah atau bentuk V.

Ciri utama bagi tayar bunga corak ini ialah untuk bergolek hanya dalam satu arah sahaja. Tayar jenis ini mempunyai tanda pada sisi tayar yang menunjukkan arah putaran yang sepatutnya.

Kredit JOEY BERNARDEZ

Corak bunga ini bertujuan untuk membantu mencegah hydroplaning pada permukaan jalan yang basah.

Sewaktu hydroplaning berlaku, tayar kenderaan dikatakan tidak mempunyai cengkaman ke atas jalan dan boleh menyebabkan kereta hilang kawalan.

Reka bentuk corak satu arah tayar ini mampu mengepam lebih banyak air daripada laluan tayar tersebut. Caranya mudah, aliran air dibawa dari tengah lalu keluar di tepi tapak tayar.

Justeru, reka bentuk tayar ini menawarkan daya cengkaman yang baik ke atas jalan sewaktu dalam keadaan basah.

Corak tidak simetri

Bagi tayar jenis ini pula, boleh dilihat dengan corak bunga yang tidak simetri atau corak yang berbeza di dua bahagian tayar.

Tayar jenis ini memiliki bahu di bahagian dalam dan luar, di mana ia mempunyai varian khusus untuk bahagian kanan dan kiri kereta.

Kredit JOEY BERNARDEZ

Posisi sebenar tayar tidak boleh ditukar, misalnya tayar kiri dipasang pada bahagian kanan, sekiranya anda mahukan prestasi maksimum yang sebenar.

Kebiasaannya, reka bentuk tidak simetri juga boleh dijumpai dalam reka bentuk corak satu arah.

Selain itu, reka bentuk bahu luar dan dalam tayar bagi corak ini juga berbeza berdasarkan fungsinya. Bahu luar biasanya mempunyai blok bunga yang besar untuk memberikan cengkaman yang lebih padu.

Corak ini dapat memberikan cengkaman lebih tinggi pada tayar apabila anda membelok di atas permukaan jalan yang kering.

Sementara itu, bahu dalam pula direka untuk di atas permukaan air. Di mana air akan dipam keluar dari jalan dan memberikan lebih cengkaman dalam keadaan basah.

Oleh itu, reka bentuk tidak simetri akan menawarkan prestasi yang terbaik dalam cuaca basah mahupun kering.

BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

Kesimpulannya, pemilihan tayar kereta perlu dibuat mengikut keadaan permukaan jalan dan cuaca bagi sesebuah negara. Ketiga-tiga jenis tayar ini sesuai digunakan di atas permukaan jalan raya di Malaysia.

Sumber: TopGear

The post Tak Sama, Rupanya Ini Maksud Bunga Tayar Kereta Yang Ramai Tak Ambil Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*