Ibu Dakwa Anak Lumpuh, Ditendang Di Kepala Selepas Tegur Rakan Sebar Video Lucah

Padah Tegur Rakan Sebar Video Lucah, Remaja Ditendang Sampai Lumpuh

Ibu Dakwa Anak Lumpuh, Ditendang Di Kepala Selepas Tegur Rakan Sebar Video Lucah

Seorang ibu mendakwa anaknya ditendang di kepala selepas menegur tindakan rakan menyebar video lucah dalam kumpulan Whatsapp sekolah. Keadaan itu menyebabkan anaknya lumpuh dan tidak dapat menggerakan badan.

Dakwaan berkenaan dibuat oleh wanita itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun facebook milik anaknya, semalam.

Menerusi hantaran Facebook itu lagi, wanita itu berkata mengetahui keadaan yang menimpa anaknya itu selepas menerima panggilan telefon daripada warden asrama.

Dakwa anak lumpuh dan tak boleh bergerak selepas ditendang di kepala

Dakwanya lagi, kejadian itu bermula selepas anaknya yang merupakan ketua kelas telah menegur perbuatan menyebar video lucah dalam kumpulan Whatsapp sekolah yang dilakukan oleh rakan sekelas.

Menurut wanita itu, teguran tersebut bagaimanapun dibalas dengan tendangan kuat pada bahagian kepala anaknya secara tiba-tiba.

”Bila mana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu…Bagi yang mengenali (anaknya) pasti tahu betapa anak ini tidak sukakan keganasan, konfrontasi dan kekerasan.

”Jiwanya penuh empati hasil didikan kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.

BACA: Dah Buang Tangkai Letak Bahan ‘Rahsia’ Ni, Cara Simpan Cili Padi Dalam Peti Sejuk, Jadi Tahan Lama

”Mujur Allah pelihara, doktor kata kalau tendangan itu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama. Syukur Allah pelihara,” kata wanita itu.

Wanita berkenaan turut berkongsi keadaan terkini anak yang sudah boleh menggerakan tangan dan kaki. Bagaimanapun, anaknya masih perlu menjalani imbasan MRI untuk mengesan kecederaan dalaman.

”Doakan anak saya sembuh sepenuhnya dan jauh dari segala mudarat”, katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa laporan polis berhubung kejadian berkenaan sudahpun dibuat.

Menerusi hantaran Facbook yang sama, beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan anaknya ketika menerima rawatan turut dimuat naik.

BACA: Buat Macam Ni, Cara ‘Tepat’ Cuci Senduk Kayu, Semua Kotoran Minyak Berlemak Keluar

Sumber: Sinar Harian

The post Ibu Dakwa Anak Lumpuh, Ditendang Di Kepala Selepas Tegur Rakan Sebar Video Lucah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*