Ibu Sebak, Anak Bawa Kawan-kawan Datang Tempat Kerjanya, Buat Kejutan Sambut “Birthday”

birthday surprise ibu sebak

Ibu Sebak, Anak Bawa Kawan-kawan Datang Tempat Kerjanya, Buat Kejutan Sambut “Birthday”

Hari lahir merupakan antara tarikh terpenting dalam hidup seseorang. Pada tarikh ini, kita biasanya mahu diingati terutamanya oleh orang-orang tersayang.

Sambutan hari jadi ada kalanya dibuat dengan mewah, khususnya bagi keluarga yang berkemampuan. Untuk kelompok yang lain pula, ia disambut dengan penuh kesederhanaan. Ada juga yang suka membuat kejutan, menjadikan sambutan bertambah meriah dan lebih bermakna.

Antara kejutan yang diberikan adalah seperti membuat parti mini, prank dan memberikan hadiah berharga kepada insan istimewa.

Biasanya, rakan-rakan atau ahli keluarga telah merancang sesama mereka untuk memberikan kejutan kepada birthday boy atau birthday girl. 

Sudah semestinya, rancangan ini disembunyikan sehabis baik daripada pengetahuan mereka yang bakal menyambut hari lahir.

Misalnya, kejutan hari jadi yang dibuat oleh seorang pengguna Tiktok (madikemadi) kepada ibunya baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, Madikemadi bersama beberapa orang rakannya hadir ke tempat kerja ibunya untuk melakukan kejutan hari jadi. Pemuda berkenaan turut membawa sebiji kek yang dihiasi dengan lilin, khas untuk acara istimewa itu.

Ketika itu, ibunya sedang bertugas membantu seorang pelanggan yang ingin membuat pesanan melalui skrin pesanan makanan.

Namun, tanpa disangka-sangka, ‘pelanggan’ berkenaan rupa-rupanya adalah rakan kepada anak lelakinya yang hadir untuk membuat kejutan tersebut.

Wanita berkenaan ternyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraan dan terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh anaknya.

Lalu, ibunya telah meniup api pada lilin dan mereka menyambut hari lahir di tempat duduk yang disediakan restoran makanan segera berkenaan.

Anak lelakinya juga dilihat menyuapkan secebis kek kepada ibunya dalam video yang berdurasi 37 saat itu.

Happy birthday mom love you always (Selamat hari lahir ibu, saya sayang ibu sentiasa),” tulis pengguna pada kapsyen video.

@madikemadi

happy birthday mom love you always❤

♬ cry cigarettes after sex – Mel

Warga maya sebak dengan tindakan anak lelaki bersama-sama rakannya adakan birthday surprise buat si ibu

Menelusuri ruangan komen, rata-rata ramai yang terharu dengan tindakan anak muda tersebut bersama rakan-rakannya.

Ibu pemuda tersebut juga sempat meninggalkan komen terhadap hantaran video anaknya yang memaparkan detik-detik berharga itu.

“Salam, Alhamdulillah. Thank you, adik serta kawan-kawan adik yang datang tempat kerja mak untuk sambut birthday mak. Terharu sangat-sangat. Semoga menjadi anak yang terbaik untuk family kita. Aamiin,”

Ruangan komen telah dibanjiri dengan ucapan selamat hari lahir buat ibu lelaki tersebut. Pada masa yang sama, mereka turut menzahirkan rasa terharu dan sebak ketika menonton video ini.

“Aku pulak sebak. Maknya masih gigih bekerja. Nasib ada anak yang menghargai,” tulis pengguna (@user71597509794205).

Good mom, good son, good friends, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian menggembirakan hati seorang mak,” komen pengguna (@zarsghani)

Simple video but you make me cry hard, I miss my mom (Video yang ringkas tetapi kamu membuatkan saya menangis teresak-esak, saya rindukan mak saya),” pengguna (@fxyruz96) memberikan komen berbaur sedih.

BACA: Cara Set “Child Reminder” Pada Waze, Bantu Elak Kejadian Tertinggal Anak Dalam Kereta

Sumber: madikemadi via TikTok

The post Ibu Sebak, Anak Bawa Kawan-kawan Datang Tempat Kerjanya, Buat Kejutan Sambut “Birthday” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*