Polis Trafik Pertaruh Nyawa, Selamatkan Pemandu Kereta Hampir Tenggelam Dalam Banjir

Polis Trafik Pertaruh Nyawa Sendiri Demi Selamatkan Mangsa Banjir

Polis Trafik Pertaruh Nyawa, Selamatkan Pemandu Kereta Hampir Tenggelam Dalam Banjir

Beberapa anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dilaporkan sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan mangsa banjir di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam.

Difahamkan, anggota polis tersebut berusaha untuk menyelamatkan mangsa selepas kereta dipandunya hampir tenggelam dalam banjir yang berlaku di terowong Jalan Chan Sow Lin, lapor Sinar Harian.

Menurut Pemangku Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar, kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat dalam lingkungan 6.00 petang.

Tindakan pantas anggota polis trafik dapat selamatkan pemandu daripada mengalami masalah yang lebih serius ketika banjir

BACA: Dalam Pasu, Di Kebun & Belakang Rumah, Viral Orang Ramai Pakat Tanam Padi Kecil-kecilan

polis trafik selamatkan mangsa banjir terowong chan sow lin
Kredit: Sinar Harian

Jelasnya, tiga anggota dari JSPT Kuala Lumpur yang sedang membuat pemantauan kawasan banjir ketika melihat kereta mangsa terperangkap di lokasi kejadian.

Mohd Nasri mengatakan bahawa tindakan pantas anggota polis itu telah berjaya menyelamatkan mangsa tanpa sebarang kecederaan.

“Tindakan pantas tiga anggota itu telah membantu mengeluarkan mangsa berusia 27 tahun itu. Mangsa berjaya diselamatkan dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Ketiga-tiga anggota itu adalah, Koperal Syed Syafiq Syed Salim, Lans Koperal Shahril Kamaruzaman dan Lans Koperal Muhammad Afizul Ismail.

Tambah Mohd Nasri, beliau mengucapkan syabas kepada ketiga-tiga anggota berkenaan atas keberanian mereka sewaktu kecemasan.

Keberanian yang ditampilkan ketiga-tiga anggota ini juga selaras dengan tema Hari Polis pada tahun 2023.

“Ini juga selari dengan tema Hari Polis iaitu polis dan masyarakat berpisah tiada,” ujarnya.

BACA: Ramai Tak Jangka, Ini ‘Bencana’ Menanti Jika Talian Internet Tiba-tiba Hilang Di Seluruh Dunia

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Trafik Pertaruh Nyawa, Selamatkan Pemandu Kereta Hampir Tenggelam Dalam Banjir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*