IMF Unjur Ekonomi Global Mampu Elak Kemelesetan Pada 2023

IMF Unjur Ekonomi Global Mampu Elak Kemelesetan Pada 2023

WASHINGTON, 13 Jan (Bernama) — Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak menjangkakan ekonomi global akan mengalami kemelesetan tahun ini walaupun kejatuhan berterusan akibat inflasi yang tinggi dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor dpa.

Pertumbuhan akan perlahan berbanding 2022, kata Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva pada malam Khamis. Beliau berkata kemelesetan perlu dielakkan.

Unjuran terbaharu IMF yang dikeluarkan pada Oktober, menjangkakan ekonomi global berkembang 2.7 peratus pada 2023. Georgieva berkata unjuran ekonomi terkini IMF yang dijangka diumumkan pada penghujung Januari tidak akan mengubah prospek dengan ketara.

Kumpulan itu menganggarkan ekonomi global berkembang 3.2 peratus pada tahun lepas.

Unjuran IMF itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat akan meleset tahun depan. Namun Georgieva berkata kemelesetan di Amerika Syarikat, ekonomi terbesar dunia, jika berlaku mungkin lebih kecil.

Georgieva berkata keputusan China untuk menamatkan strategi sifar Covid yang agresif boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh di negara itu dan sekali lagi menjadikan China sebagai pemacu ekonomi global.

Georgieva berkata pembangunan ekonomi di China sepanjang tahun lepas, semasa kerajaan pusat melaksanakan langkah tegas untuk membendung coronavirus, “sangat mengecewakan.”

–BERNAMA

The post IMF Unjur Ekonomi Global Mampu Elak Kemelesetan Pada 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*