Dua Beranak Ditahan, Bawa Nasi Bungkus Dalam Kereta Jual Kepada Kaki Ponteng Puasa

Dua beranak nasi bungkus

Dua Beranak Ditahan, Bawa Nasi Bungkus Dalam Kereta Jual Kepada Kaki Ponteng Puasa

Taktik dua beranak menjual nasi bungkus menaiki kereta kepada geng plastik hitam di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada Selasa terbongkar apabila perbuatan mereka itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Memetik Sinar Harian, wanita berusia dalam lingkungan 50-an bersama anak lelakinya berusia 20-an itu berjaya ditahan pada jam 9 pagi semalam oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menjalankan intipan selama seminggu berdasarkan maklumat daripada orang awam.

Jual dari dalam kereta

“Anak kepada wanita itu memandu kereta Perodua Myvi manakala ibunya menjual nasi bungkus berlauk ikan dan ayam di sekitar Jalan Padang Tembak.

“Semasa serbuan dijalankan, kita turut menahan dua lelaki pemandu lori berusia dalam lingkungan 40-an yang membeli nasi bungkus dijual oleh dua beranak itu,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut Mohd Fadzuli, dua beranak itu merupakan peniaga nasi berlauk yang terkenal di sekitar Kota Bharu.

Kedua-dua suspek itu juga dipercayai telah mula menjual nasi berlauk kepada individu kaki ponteng puasa sejak tahun lalu. Malah mereka difahamkan memulakan kegiatan itu sejak hari pertama Ramadan pada tahun ini lagi.

“Dua beranak itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019. Kerana tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjual makanan.

“Selain itu, dua pelanggan mereka pula disiasat mengikut Seksyen 54 enakmen sama kerana bersubahat tidak menghormati Ramadan,” katanya.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Tambah beliau, akibat melakukan perbuatan tidak sopan dan bertentangan dengan hukum syarak, mereka boleh dikenakan tindakan mengikuti Seksyen 21 enakmen sama.

Di mana jika didapati bersalah maka mereka boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Keempat-empat mereka yang ditahan kini dibebaskan dengan bon jamin dan mereka diminta hadir ke Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Sumber: Sinar Harian

The post Dua Beranak Ditahan, Bawa Nasi Bungkus Dalam Kereta Jual Kepada Kaki Ponteng Puasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*