India Lancar Misi Bercita-Cita Tinggi Untuk Kaji Matahari

India Lancar Misi Bercita-Cita Tinggi Untuk Kaji Matahari

India Lancar Misi Bercita-Cita Tinggi Untuk Kaji Matahari

NEW DELHI, 2 Sept (Bernama) — Agensi angkasa lepas India pada Sabtu melancarkan kapal angkasa Aditya-L1 untuk misi mengkaji matahari.

Aditya-L1 seberat 1,480.7 kilogram akan berada kira-kira 1.5 juta kilometer dari bumi, menghala ke arah matahari, iaitu kira-kira satu peratus daripada jarak bumi-matahari, menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

Ia berlepas menggunakan roket dari pusat pelancaran di pulau Sriharikota di luar pantai tenggara negara itu.

“Matahari ialah sfera gas gergasi dan Aditya-L1 akan mengkaji atmosfera luar matahari,” menurut agensi angkasa lepas, sambil menjelaskan bahawa kapal angkasa itu tidak akan mendarat di matahari mahupun mendekatinya dengan lebih dekat.

Perkataan Aditya bermaksud matahari dalam bahasa Hindi.

Misi solar pertama ISRO dilancarkan beberapa hari selepas India menjadi negara keempat yang berjaya mendaratkan kapal angkasa lepasnya di permukaan bulan selepas Rusia, Amerika Syarikat dan China.

Agensi angkasa lepas menjelaskan bahawa ia akan mengkaji aktiviti suria dan kesan matahari terhadap cuaca angkasa.

Selepas mengembara selama 125 hari, kapal angkasa itu, yang membawa tujuh muatan, dijangka berada dalam orbit halo di sekitar “titik Lagrangian L1”.

Titik itu dianggap paling hampir dengan matahari dan kapal angkasa dijangka berlegar lebih lama bagi mengimbangi daya graviti dan penggunaan bahan api.

BACA: Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu

Sumber: Bernama

The post India Lancar Misi Bercita-Cita Tinggi Untuk Kaji Matahari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*