11 Ekor Lembu Dipercayai Dibaham Harimau, Gusarkan Penduduk

lembu dibaham harimau

11 Ekor Lembu Dipercayai Dibaham Harimau, Gusarkan Penduduk

TANAH MERAH — Sejak dua bulan lalu, sebanyak 11 ekor lembu di Kampung Peralla dipercayai telah menjadi ‘habuan’ pak belang, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kesemua ternakan itu merupakan milik penduduk kampung itu.

Salah seorang penternak, Suwaye Yusof, 59, tahun berkata dua ekor lembu miliknya telah dibaham oleh harimau berkenaan dalam satu kejadian terbaharu pada Selasa minggu lalu.

“Saya ke kandang yang menempatkan 16 ekor lembu dan mendapati seekor tinggal bangkai manakala seekor lagi hilang.

“Di tanah kawasan sekitar itu ada kesan tapak kaki dipercayai haiwan tersebut,” jelasnya sewaktu dijumpai hari ini.

Dalam pada itu, Jeffri Abdullah, 57, merupakan penduduk kawasan itu memaklumkan bahawa pada waktu malam, mereka pernah terdengar bunyi ngauman binatang buas itu.

Tambahnya, ia dipercayai merayau-rayau di sekitar kawasan kebun getah dan kelapa sawit di kampung berkenaan.

“Kesemua lembu saya berjumlah 26 ekor dilepaskan di dalam kebun sawit tetapi empatnya hilang bulan lalu manakala tiga lagi hilang dua minggu lalu.

““Lembu-lembu hilang dimakan oleh harimau yang pertama kali muncul di kampung ini menyebabkan penduduk juga takut untuk keluar menoreh getah,” jelasnya.

Sementara itu, seorang kontraktor yang juga pemilik lembu, Amran Ariffin berkata, haiwan ternakan lain seperti kambing turut menjadi mangsa.

BACA: Kelibat Ibu Harimau Malaya ‘Merayau’ Bersama Empat Anak Dirakam, Beri Sinar Baharu Buat Populasi

“Penduduk bimbang keselamatan masing-masing terancam dan mengelak keluar rumah terutama pada waktu malam kecuali atas urusan tertentu.

“Perangkap sudah diletakkan oleh pihak Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kelantan) pada dua hari lalu bagi membantu menangkap haiwan tersebut,” kata lelaki berusia 41 tahun itu.

Susulan itu, Sinar Harian dalam usaha mendapatkan respon daripada Jabatan Perhilitan Kelantan.

Terdahulu, seekor harimau dilaporkan membaham seorang budak lelaki sehingga meninggal dunia di India, lapor The Mirror.

Tambahan lagi, haiwan berkenaan turut menyerang dan membunuh seorang warga emas sebelum menghilangkan diri ke dalam hutan simpan.

BACA JUGA: Harimau Terlepas: Baham Budak, Bunuh Warga Emas

Sumber: Sinar Harian

The post 11 Ekor Lembu Dipercayai Dibaham Harimau, Gusarkan Penduduk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*