Nahas Pesawat Di Elmina: Tiada Bukti Ketidakupayaan Juruterbang Jadi Punca Nahas – Laporan Awal AAIB

elmina tiada bukti ketidakupayaan juruterbang

Nahas Pesawat Di Elmina: Tiada Bukti Ketidakupayaan Juruterbang Jadi Punca Nahas – Laporan Awal AAIB

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) –– Laporan awal siasatan berhubung nahas pesawat di Bandar Elmina di Shah Alam, menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan ketidakupayaan atau faktor fisiologi menjejaskan prestasi juruterbang sehingga menjadi punca nahas.

Menurut Laporan Awal Kemalangan Pesawat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) hari ini, juruterbang pertama (PIC) dan juruterbang kedua (Second In Command – SIC) mempunyai rehat yang cukup sebelum penerbangan serta tidak mempunyai masalah perubatan yang serius berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

“Berdasarkan keterangan saksi, PIC dilaporkan dalam keadaan baik pada malam sebelum kemalangan. Saksi juga mengatakan bahawa PIC berehat dengan baik sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi,” menurut laporan yang disiarkan di laman web rasmi MOT hari ini.

Pada 17 Ogos lepas sebuah pesawat persendirian Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, Shah Alam, mengorbankan 10 orang yang terdiri daripada lapan penumpang (enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan), seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).

Laporan setebal 60 halaman itu juga menyatakan bahawa PIC telah dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada, dan kedua-dua juruterbang memiliki sijil perubatan yang sah daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Laporan itu menyatakan bahawa PIC memperoleh Sijil Perubatan Kelas Pertama daripada FAA dengan limit ‘mesti menggunakan kanta corrective bagi memenuhi standard penglihatan pada semua jarak yang diperlukan’ pada 24 Mac 2023 dan memegang Sijil Perubatan CAAM sah dari 6 Dis 6 2022 hingga 31 Dis 2023 dengan limit ‘VDL – sah hanya dengan pembetulan untuk penglihatan jauh yang rosak’.

“Semakan sijil perubatan dan dokumentasi sokongan menunjukkan bahawa PIC tidak melaporkan sebarang kebimbangan perubatan yang ketara dan Pemeriksa Perubatan Ditetapkan (DME) mengenal pasti tiada masalah penting pada pemeriksaan fizikal.

“Berdasarkan sejarah yang ada dan pemeriksaan fizikal, juruterbang ini tidak mempunyai keadaan perubatan yang diketahui yang boleh mendatangkan bahaya besar kepada keselamatan penerbangan,” menurut laporan itu.

Penemuan lain menunjukkan bahawa kejadian berlaku pada waktu siang dengan keterlihatan jelas dilaporkan melebihi 10 kilometer, dan keadaan meteorologi yang baik dengan perubahan angin yang pelbagai (VRB) pada 05 knot.

Bagaimanapun AAIB berkata laporan itu mengandungi kenyataan fakta sehingga waktu ia dikeluarkan, dan ia mesti dianggap sebagai tentatif, tertakluk kepada pindaan atau pembetulan jika muncul bukti-bukti tambahan.

MOT dalam kenyataan hari ini berkata laporan akhir penyiasatan itu akan disiapkan selewat-lewatnya Ogos tahun depan selaras dengan Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13), yang membenarkan tempoh 12 bulan untuk memuktamadkan dokumen itu susulan kemalangan.

BACA: Uncle Roger Lega, One Piece Tarik Balik “Strike” Ke Atas Video “Review” Kari Jepun Sanji

Sumber: Bernama

The post Nahas Pesawat Di Elmina: Tiada Bukti Ketidakupayaan Juruterbang Jadi Punca Nahas – Laporan Awal AAIB appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*