Industri Pelancongan Phuket Jana RM48 Bilion Hanya Dalam 8 Bulan

industri pelancongan phuket

Industri Pelancongan Phuket Jana RM48 Bilion Hanya Dalam 8 Bulan

Industri pelancongan Phuket di Thailand dilaporkan berjaya mengumpul hasil memberangsangkan mencecah hampir RM48 bilion sepanjang lapan bulan lalu sekali gus menandakan pemulihan yang ketara daripada kesan buruk COVID-19.

Lapor The Thaiger, Presiden Persatuan Pelancongan Phuket, Thanet Tantipiriya mengesahkan perkembangan positif itu berlaku selepas terdapat lonjakan jumlah pelancong hingga menyebabkan peningkatan luar biasa sebanyak 40 peratus tahun ke tahun jika dibandingkan dari 2019.

“Pendapatan Phuket dalam tempoh lapan bulan lalu adalah sekitar RM48 bilion.

“Berbanding dengan 2019, sebelum pandemik Covid-19, terdapat peningkatan tahunan sebanyak 40 peratus dalam jumlah pelancong,” katanya di media Thailand.

Mengulas lanjut berkaitan trend positif dalam sektor pelancongan Phuket, Thanet menyatakan bahawa hampir 80 peratus daripada bilik hotel sudah ditempah untuk musim puncak, terutamanya yang berhampiran pantai.

“Festival Vegetarian yang sedang berlangsung juga telah menarik sejumlah besar pelancong, dengan kadar penghunian antara 67 hingga 74 peratus di kawasan pelancongan,” ujarnya.

Tidak hanya itu, program Phuket Sandbox, skim kuarantin untuk pelancong semasa Covid juga telah meningkatkan jumlah penerbangan terus dari Israel ke bandar tersebut.

Bagaimanapun, Thanet menjelaskan bahawa pada ketika ini bilangan pelancong Israel telah berkurangan kira-kira 40 peratus selepas bermulanya konflik dengan Palestin.

Thanet seterusnya menyatakan sokongan terhadap persatuan pelancongan untuk melaraskan waktu penutupan bagi tempat hiburan malam pada pukul 4 pagi dan ia dikawal secara sah.

Pun begitu, beliau menekankan kepentingan mengkaji semula dan menggunakan peraturan pengezonan dengan sewajarnya untuk mencapai keseimbangan antara zon hiburan dan kawasan kediaman, sekali gus tidak mengganggu rutin penduduk atau pekerja.

BACA: Terjatuh Pada Ketinggian 1,000 Kaki, Juruterbang Air France Maut Ketika Mendaki Gunung Whitney

Phuket untuk semua

Dalam pada itu, Thanet turut menjelaskan bahawa Phuket adalah tempat tumpuan pelancong untuk segenap masyarakat di dunia.

Katanya, perkara itu dilakukan untuk menangani keperluan dan pilihan pelancong yang pelbagai.

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas mengakui telah tersilap langkah sebelum ini dalam memenuhi keperluan orang ramai secara khusus, khasnya kepada pelancong mesra keluarga atau yang berpesta.

Beliau menekankan bahawa kedua-dua kumpulan yang dinyatakan menikmati suasana Phuket namun mempunyai gaya hidup dan latar belakang yang sangat berbeza.

Oleh itu, baginya Phuket mesti menyesuaikan diri dengan kedua-dua kumpulan pelancong tanpa menyebabkan sebarang pergeseran antara mereka.

Katanya, strategi ini akan memanfaatkan Phuket, perniagaan dan pelancong secara optimum.

Sumber: The Thaiger

The post Industri Pelancongan Phuket Jana RM48 Bilion Hanya Dalam 8 Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*