Ini 12 Tip Jalan, Cara Nak Masuk Ke WCE Dari Selangor Kalau Nak Balik Ke Utara

cara masuk WCE Selangor

Ini 12 Tip Jalan, Cara Nak Masuk Ke WCE Dari Selangor Kalau Nak Balik Ke Utara

Setiap hari, jutaan kenderaan menggunakan pelbagai lebuh raya untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang hendak dituju. Apapun tujuannya, kewujudan infrastruktur ini adalah rahmat kepada mereka yang bergantung kepada laluan darat untuk ke mana-mana.

Dalam masa beberapa minggu, musim perayaan iaitu Aidilfitri bakal tiba sekali lagi. Seperti biasa, mereka yang berada di kota akan mula bergerak pulang ke kampung masing-masing semasa perayaan ini.

Biasanya, mereka yang mahu bergerak antara Utara-Selatan tanah air perlu melalui lebuhraya utama negara, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Seiring bertambahnya bilangan kenderaan dan pengguna jalan, kesesakan bertambah teruk dan terpaksa ditempuhi oleh mereka yang bergantung kepada laluan ini setiap kali musim perayaan tiba.

Mujurlah, baru-baru ini, Lebuhraya Pantai Barat atau WCE dibuka secara rasmi dan menjadi laluan alternatif Lebuhraya PLUS. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan mahu bergerak pulang ke utara.

Namun begitu, ramai yang masih kurang arif dan tidak tahu daripada mana WCE ini bermula. Banyak persoalan yang timbul, misalnya, bagaimana mahu mencapai akses kepada lebuhraya ini daripada kawasan tempat tinggal mereka.

Elakkan kesesakan jalan raya dari Selangor ke negeri utara melalui ‘jalan tikus’

Menurut laman Facebook (Seladang Perak) yang memetik hantaran Mohd Kamaruddin, terdapat 12 tip laluan yang boleh digunakan oleh penduduk Lembah Klang untuk ke WCE.

Laluan-laluannya adalah seperti berikut:

12 Tips Laluan, Cara Dari Selangor Jika Nak Masuk WCE

Yang mana dari Shah Alam dan nak ke utara dan untuk mengelakkan jem di Kuala Selangor dan Tanjung Karang, Saya syorkan ikut laluan:

1. LATAR/ASSAM JAWA – Belok kiri selepas lampu isyarat, ada simpang belok kiri.

2. JALAN SAGA – Belok kanan hingga jumpa pekan Bestari Jaya.

3. JALAN RAWANG(B27) – Selepas Pekan bestari Jaya, lampu siyarat yang ke-2 belok kiri.

4. JALAN RAJA MUSA TANJUNG KARANG (B42) – Ikut sepanjang Jalan Raja Musa hingga berjumpa selekoh, terus hingga jumpa Jalan Anggerik

5. JALAN ANGGERIK – Perlahankan kenderaan kerana berada di kawasan kampung, terus hingga ke hujung jalan, kemudian belok kanan masuk ke Jalan Tanjung.

6. JALAN SETANJUNG – Teruskan perjalanan, jalan ini akan terus jumpa dengan Jalan TERUSAN UTAMA a.k.a Jalan ban canal.

7. JALAN TERUSAN UTAMA (B110) – Terus hingga ke hujung jalan. Akan jumpa simpang empat, kemudian terus sahaja.

8. JALAN PARIT 4 SUNGAI PANJANG – Terus hingga ke hujung jalan, jumpa simpang 4 Jalan terus.

9. JALAN PARIT 4 TIMUR – Terus hingga ke hujung Jalan, kemudian belok ke kanan.

10. JALAN PARIT 1 BAGAN TERAP (B51) – Terus hingga jumpa masjid di sebelah kiri, simpang parit 6 disebelah kiri, sebelum Masjid.

11. JALAN PARIT 6 BARAT – Terus hingga ke hujung jalan, kemudian belok kiri (memang tak boleh belok kanan). Buat U-turn dibawah flyover.

12. JALAN TELUK INTAN KLANG (FR5) – Terus sahaja hingga ke persimpangan TAIPING SELATAN kemudian masuk ke PLUS CHANGKAT JERING.

Semoga bermanfaat.

BACA: Status Cuaca Panas Di Perlis & Pokok Sena, Suhu Cecah 40°C

The post Ini 12 Tip Jalan, Cara Nak Masuk Ke WCE Dari Selangor Kalau Nak Balik Ke Utara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*