Gambar Tular Papar Keadaan Terkini Kesihatan Tun Mahathir Adalah Palsu

gambar tular mahathir palsu

Gambar Tular Papar Keadaan Terkini Kesihatan Tun Mahathir Adalah Palsu

Gambar tular yang didakwa memaparkan keadaan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah disahkan palsu, lapor Astro Awani.

Difahamkan, gambar yang menunjukkan individu seakan-akan bekas Ahli Parlimen Langkawi terlantar di hospital telah tular di pelbagai platform media sosial.

Penularan gambar berkenaan telah mengundang spekulasi dan sekali gus menyebarkan berita palsu berkenaan keadaan kesihatan beliau.

Sehubungan itu, pengguna media sosial dinasihatkan untuk berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial masing-masing.

Mahathir menerima rawatan di IJN sejak minggu lepas

BACA JUGA: Dr Mahathir Dakwa Diperlakukan Seperti Penjenayah

Sebelum ini, Tun Mahathir dilaporkan sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Berdasarkan laporan Astro Awani, beliau telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari akibat jangkitan.

Susulan itu, pihak IJN memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keadaan kesihatan terkini Tun Mahathir dalam masa terdekat.

Sebelum ini, jurucakap Mahathir memberitahu, beliau juga akan berehat untuk satu tempoh bagi proses pemulihan, lapor Astro Awani.

Pembicaraan kes saman fitnah telah ditangguhkan sehingga Julai depan

BACA JUGA: ‘Saya Cabar Anwar Adakan Pilihan Raya’ – Tun Mahathir

Terdahulu, perbicaraan kes saman fitnah Mahathir terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan pada 13 Februari lalu telah ditangguhkan.

Tarikh perbicaraan bagi kes saman fitnah itu difahamkan telah ditangguhkan dan dibawa ke tarikh baharu iaitu, 19 Julai ini.

Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk menangguhkan sidang prosiding selepas Mahathir disahkan sedang menerima rawatan di IJN.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi memaklumkan bahawa anak guamnya juga diberikan sijil cuti sakit.

Beliau telah diberikan sijil cuti sakit sehingga Sabtu lepas, 17 Februari kerana keadaannya yang tidak sihat.

BACA: Tambang RM5 Sehala Tren Shuttle Tebrau Untuk Warganegara Mulai 1 Ogos

Sumber: Astro Awani

The post Gambar Tular Papar Keadaan Terkini Kesihatan Tun Mahathir Adalah Palsu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*