Ini 5 Perkara Penting Korang Wajib Tahu Tentang ‘Games’ EA SPORTS FC 24

EA SPORTS FC 24

Ini 5 Perkara Penting Korang Wajib Tahu Tentang ‘Games’ EA SPORTS FC 24

Kini anda boleh merasai pengalaman yang tiada tandingan dalam EA SPORTS FC 24. Sebuah permainan video yang nyata dalam The World’s Game dan menampilkan perlawanan, kelab dan bintang ternama dalam sukan bola sepak.

Selain itu, permainan ini memiliki lebih 19,000 pemain yang bermain untuk lebih 700 pasukan di lebih 100 stadium dan 30 liga.

Bagi peminat permainan video seperti FIFA 2023, permainan terbaru ini pasti antara yang tertunggu-tunggu bagi peminat permainan video sukan bola sepak.

Permainan video ini dilaporkan bakal dilancarkan di seluruh dunia pada 29 September depan.

Bagi peminat yang sudah tidak sabar menunggu pelancaran permainan video ini, mari ikuti perkongsian pada kali ini berkenaan lima perkara penting yang anda perlu tahu berkenaan permainan tersebut.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh pengguna TikTok @jomgamingmy menerusi sebuah muat naik video.

5 perkara penting anda perlu tahu

Menurut perkongsian itu pada Ahad lalu bersamaan 16 Julai, EA telah membuat pendedahan penuh berkenaan EA FC 24.

Menerusi pendedahan yang dibuat itu, khabar angin sebelum ini akhirnya terjawab apabila Earling Haaland akan menjadi ‘cover star‘ bagi Standard Edition.

Kredit Amazon

“Kita dapat saksikan striker paling sensasi dunia itu tengah nak sepak bola dalam satu perlawanan Champion League,” kata perkongsian itu.

Tambahnya, yang kedua ialah berkenaan pengumuman ‘trailer‘ terbaru bagi mempromosikan permainan video tersebut.

Trailer itu telah menimbulkan kemarahan peminat kerana pada awalnya EA berkata trailer itu adalah sedutan permainan bagi permainan video tersebut.

Namun, menerusi video berdurasi satu minit 50 saat itu hanya EA hanya memaparkan selama satu saat sahaja berkenaan permainan itu.

Trailer ini memang menimbulkan kemarahan peminat. Apa taknya, EA kata trailer ini gameplay, tapi daripada video berdurasi satu minit 50 saat tu. Mereka cuma tunjuk satu saat je gameplay, yang lain semua sinematik je,” tambah lelaki itu.

Yang ketiga ialah pengenalan kepada mode paling popular iaitu Ultimate Team yang julung kalinya akan menggabungkan pemain lelaki dan pemain wanita dalam satu pasukan.

Yang keempat pula ialah fungsi cross-play pada semua mode atas talian.

“Kalau dalam FIFA 23, cross-play hanya ada dalam mode Ultimate Team, Online Friendlies dan Online season. Tapi untuk EA FC 24, cross-play akan turut ada dalam Mode Clubs, Co-op Season, Volta Football dan Ultimate Team Co-op,” katanya lagi menerusi perkongsian video tersebut.

Cross-play tidak boleh merentasi semua jenis platform

Bagaimanapun, menurutnya lagi, cross-play ini tidak boleh merentasi semua platform. Ia sama seperti FIFA 23, cross-play dalam EA FC 24 hanya dikumpulkan mengikut generasi yang sama, iaitu PC, PS5 dan Xbox Series. Manakala PS4 dan Xbox One berada dalam kumpulan cross-play yang sama.

“Senang cerita, PS5 dengan PS4 tak boleh cross-play. Lepastu, Nintendo Switch pula tak support cross-play langsung,” katanya lagi.

Yang terakhir ialah tarikh pelancaran bagi permainan tersebut. Di mana EA FC 24 akan dilancarkan pada 29 September 2023 bagi PC, PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan Nintendo Switch.

BACA: Kini Terjawab, Ini Rupanya Video Asal Suara Gelak Semput Yang “Viral” Di TikTok

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Macam mana, menarik tak? Ke sama macam FIFA? Buat peminat permainan video bola sepak, lepas ni bolehlah kumpul duit sementara tunggu pelancaran rasmi bulan September ni nanti.

@jomgamingmy

5 Perkara Penting Korang Kena Tahu Tentang EA SPORTS FC 24 #easportsfc #easportsfc24 #fc24 #jomgaming #gamingontiktok #fyp #malaysia #shorts #reels #ps4 #ps5 #nintendoswitch #xbox #pcgaming #Gamer #Gaming #mobilegaming #mobilegames #kakigaming

♬ original sound – JomGaming – JomGaming

Sumber: TikTok/@jomgamingmy

The post Ini 5 Perkara Penting Korang Wajib Tahu Tentang ‘Games’ EA SPORTS FC 24 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*