Ini 7 Bandar Terbaik Untuk Didiami Di Asia Tenggara Pada 2023, KL Turut Tersenarai

bandar terbaik asia tenggara

Ini 7 Bandar Terbaik Untuk Didiami Di Asia Tenggara Pada 2023, KL Turut Tersenarai

Setiap negara mempunyai keunikan dan daya tarikannya tersendiri yang membuatkan ramai terpesona untuk datang. Namun, pelbagai faktor perlu difikirkan untuk menetap di sesebuah negara dalam tempoh yang singkat ataupun lama.

Lazimnya, golongan anak muda seringkali merantau ke luar negara untuk mencari peluang kehidupan yang lebih cerah. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan tersebut.

Antaranya aspek kadar tukaran mata wang semasa, budaya, gaya hidup, perkhidmatan, makanan dan juga peluang pekerjaan.

Jika dilihat dari faktor-faktor di atas, rantau Asia Tenggara antara yang sesuai untuk didiami jika ingin memulakan hidup baru.

Bagi yang belum tahu, Kuala Lumpur menjadi destinasi paling menarik untuk didiami di Asia Tenggara pada tahun 2023. Ia diikuti oleh Singapura dan beberapa lagi negara lain.

Senarai tersebut telah diterbitkan di dalam laman web Nomad Capitalist.

Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca senarai tujuh bandar yang boleh didiami di Asia Tenggara di bawah ini.

1. Kuala Lumpur, Malaysia 

Gambar: Bernama

Kenapa Kuala Lumpur berada di tempat pertama? Menurut Nomad Capitalist, ibu negara Malaysia ini dianggap sebagai hidden gem di Asia Tenggara.

Malah, rakyat Malaysia juga rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris. Ia dikatakan menjadi satu kelebihan bagi perantau dari luar untuk berkomuikasi dengan mudah sebagai bahasa pengantara.

Apatah lagi ibu negara Malaysia ini juga mempunyai salah satu lapangan terbang terbaik di dunia dengan syarikat penerbangan serantau.

BACA JUGA: Netizen ‘Banjir’ Air Mata, Nampak Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Selain itu, Malaysia sememangnya terkenal dengan negara berbilang kaum, oleh itu ia tidak lekang dengan pelbagai masakan dan makanan menarik termasuk beberapa daripadanya tergolong dalam makanan terbaik dunia.

Menariknya lagi, pas lawatan negara ini juga menarik lebih ramai mereka yang ingin datang ke Malaysia.

Oleh itu, negara ini  menawarkan gaya hidup yang baik untuk usahawan yang berkeinginan untuk menetap secara kekal atau pun sementara.

2. Singapura

Gambar: Bernama

Bercakap mengenai Singapura, negara ini sememangnya sebuah negara paling maju di rantau Asia Tenggara meskipun keluasan dalam bentuk geografinya agak kecil.

Kecekapan pentadbiran negara ini dalam ekonomi juga tidak dapat dinafikan.

Oleh itu, golongan ekspatriat sangat sesuai untuk menjalani kehidupan di Singapura.

Singapura bukan sahaja mewah dengan pusat beli-belah namun ia juga kaya dengan pelbagai pilihan tempat makan dan budaya yang menjadi perhatian ramai.

3. Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

bandar mampu didiami 2023
Gambar: Bernama

Di bandar Ho Chi Minh ini, pastinya anda menemui banyak elemen yang menarik melalui ‘pandangan pertama’. Bagi pengembara nomad, bandar ini sangat sesuai untuk dikunjungi lebih-lebih lagi terdapat pelbagai kafe di setiap sudut.

Bagi perantau dari Barat, lokasi ini ibarat syurga yang dinginkan kerana mempunyai makanan Asia hingga hiburan malam. Bukan itu sahaja, Bandar Ho Chi Minh menyajikan budaya tradisional dan gaya hidup berkeluarga.

BACA JUGA: GV10: Tok Ram Jelaskan Pemarkahan Sesi Duet, Tolak Lima Markah Jika Nyanyi Lagu Asal Artis Jemputan

4. Bangkok, Thailand

Gambar: Bernama

Ibu kota Thailand, Bangkok yang merupakan sebuah bandar besar dan sibuk ini mempunyai  segala yang anda perlukan.

Di sini, penggembara mempunyai pilihan untuk menjalani gaya hidup yang sederhana mahupun gaya hidup mewah.

Sekiranya mereka yang mahukan gaya hidup yang lebih sederhana, bandar Bangkok menyediakan pelbagai jenis makanan jalanan dan tempat tinggal dengan harga yang berpatutan.

Manakala mereka yang menginginkan gaya hidup yang mewah, boleh mengunjungi pelbagai bar dan restoran gourmet seperti di kawasan Silom.

Berhubung pengangkutan awam, bandar Bangkok menyediakan pengangkutan awam yang mudah diakses termasuk penerbangan keluar masuk.

Oleh itu, kebanyakan golongan nomad muda sering menggembara ke sini untuk menikmati gaya hidup dan budaya mewah. Jadi, tidak hairan mengapa bandar ini sentiasa menjadi pilihan pengunjung secara berterusan.

5. Manila, Filipina

bandar terbaik asia tenggara
Gambar: AFP

Sekiranya mahukan persekitaran yang penduduknya ramah, kaya dengan budaya dan fasih berbahasa Inggeris, Manila adalah bandar yang tepat.

Istimewanya bandar ini, ia menawarkan pelbagai lokasi membeli belah yang menakjubkan dan kawasan seperti Makati, Fort Bonifacio yang digelar ‘Singapura’ versi Manila.

Bandar ini mempunyai beberapa muzium sebagai daya tarikan.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

Perlu diingatkan warganegara asing hanya dibenarkan untuk membeli kondo bebas di Filipina.

Dalam pada itu, jika anda ingin menikmati suasana pantai yang indah, penduduk yang ramah dan penuh dengan makanan menarik, Manila adalah destinasi yang sesuai.

BACA JUGA: Ini Sebab Mengapa Kucing Jantan Macam Nak Mengawan Sesama Jantina

6. Hanoi, Vietnam

bandar terbaik asia tenggara
Gambar: AFP

Hanoi ialah ibu kota Vietnam merupakan pilihan menarik untuk golongan perantau dan ekspatriat. Meskipun Hanoi salah satu bandar yang kurang menjadi perhatian di Asia Tenggara, namun sebahagian ekonomi negara ini sedang membangun pesat.

Bercerita mengenai keunikan bandar ini, Hanoi mempunyai daya tarikan kolonial dan kaya dengan pemandangan budaya. Lokasi ini juga sesuai untuk perantau yang ingin merasai pengalaman berbeza dengan bandar-bandar biasa yang dipenuhi pusat membeli-belah seperti di Bangkok atau Singapura.

Salah satu daya tarikan bandar ini adalah ‘Rumah Tiub’ yang terhasil daripada undang-undang cukai hartanah lama. Keunikan bandar Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh adalah bukti perkembangan pesat Vietnam sebagai kuasa ekonomi serantau.

7. Bali, Indonesia

bandar terbaik asia tenggara
Gambar: AFP

Bercakap mengenai Bali, siapa sahaja yang tidak mengetahui salah satu lokasi terkenal di Indonesia ini.

Bali juga merupakan lokasi yang sesuai untuk pemula dan usahawan baharu. Selain itu, ia juga sesuai untuk peminat yoga, meditasi dan kelas kesihatan kerana aktiviti itu sangat popular di sana.

Kepulauan ini juga menarik perhatian perantau untuk mendiaminya kerana dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang memukau mata sesiapa sahaja.

BACA JUGA: Jarang Ditemui, Ini Sebab Kenapa Kucing Calico Jantan Unik

Secara umumnya, budaya di Bali senang diterima umum dan rakyatnya juga mesra. Ia turut mempunyai pengaruh besar dalam sektor pelancongan Asia Tenggara.

Sumber: Nomad Capitalist

The post Ini 7 Bandar Terbaik Untuk Didiami Di Asia Tenggara Pada 2023, KL Turut Tersenarai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*