Gempa Bumi Kuat Sekali Lagi Gegar Laut Banda, Indonesia

Gempa laut banda

Gempa Bumi Kuat Sekali Lagi Gegar Laut Banda, Indonesia

INDONESIA — Gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 dilaporkan telah melanda Laut Banda pada jam 9.02 malam sebentar tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa berkedalaman 10 kilometer di bawah laut itu berpusat di 6.4 darjah Selatan dan 129.8 darjah Timur.

BACA JUGA: Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir

Gegaran tersebut dapat dirasai sehingga 353 kilometer (km) Tenggara dari Ambon, Indonesia.

Walau bagaimanapun, METMalaysia memaklumkan tiada sebarang ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia.

Terdahulu, MetMalaysia juga telah memaklumkan bahawa gempa 7.1 Magnitud telah menggegarkan Laut Banda pada jam 12.52 tengah hari.

Dalam pada itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia berkata gempa tersebut tidak berpotensi menyebabkan tsunami, lapor CNBC Indonesia.

Namun, penduduk setempat dinasihatkan untuk berhati-hati terhadap gempa susulan yang mungkin terjadi.

Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)

The post Gempa Bumi Kuat Sekali Lagi Gegar Laut Banda, Indonesia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*