Ini Cara Bercakap Sebagai Ketua Yang Betul, Nampak Lebih Berkuasa

cara bercakap yang berkuasa

Ini Cara Bercakap Sebagai Ketua Yang Betul, Nampak Lebih Berkuasa

Personaliti adalah satu perwatakan yang menggambarkan diri seseorang, bukan sahaja bentuk wajah yang memainkan peranan tetapi keperibadian yang menarik juga menjadi penyebab disukai ramai.

Apabila bercakap mengenai personaliti semestinya akan dikaitkan dengan adab. Siapa sahaja yang tidak suka kalau individu tersebut mempunyai adab yang baik, bercakap secara lemah lembut dan lain-lain.

Sebenarnya, cara pengawalan suara juga penting kerana dari situ orang ramai akan menilai personaliti dan diri kita.

Jadi, boleh ke kita kelihatan yakin ketika komunikasi? Jangan risau perkara seperti itu kita boleh asah diri dengan cara melihat belajar daripada pakar.

Menerusi perkongsian Jurulatih Komunikasi Berpengaruh, Rizal Rashid (@rizalrashid80) di TikTok untuk kelihatan lebih yakin dan teratur ketika bercakap adalah dengan mengawal ton suara.

Jelasnya, salah satu tips yang boleh digunakan adalah menggunakan kaedah Speed Of Voice.

“Saya nak kongsikan bagaimana nak bercakap dengan authority ataupun kelihatan authority dan yakin.

“Bila kita sebut tentang authority, sebagai seorang ketua, salah satu tipsnya adalah kita bercakap dengan Speed Of Voice yang perlahan. 

BACA: “Cari Lima Kawan…” Alif Satar Kongsi Cara Ajak Orang Solat Subuh Guna Sistem ‘Multi Level Pahala’ 

“Maksudnya, kita bercakap dengan sepatah-sepatah dan bila kita nak bercakap dengan authority, salah satu tips yang saya selalu guna adalah dengan merendahkan nada suara,” katanya.

Menurutnya, jika bercakap menggunakan nada yang perlahan dan tidak laju ia bukan sahaja menarik perhatian orang ramai malah membuatkan diri terlihat seperti seorang yang mempunyai matlamat.

Tambahnya, untuk menjadikan ia lebih menarik boleh menggunakan isyarat tangan apabila bercakap.

“Kalau nada suara semakin rendah dan bercakap sepatah-sepatah, anda akan bercakap dengan authority. Kalau nak lebih bagus, guna isyarat tangan tapak tangan ke bawah,” jelasnya.

Dia kemudiannya menunjukkan cara yang disebut beserta dengan pergerakan isyarat tangan.

Kredit: @rizalrashid80/TikTok

“Hari ini saya nak kamu semua fokus dengan apa yang saya nak sampaikan sebab ini adalah perkara penting yang kita wajib ambil tahu,” katanya sambil menggerakkan tangan.

Walaupun tidak mudah untuk mengubah kebiasaan namun adalah baik untuk mempraktikkan kerana ia boleh digunakan pada masa hadapan mengikut masa tertentu.

Selamat mencuba!

@rizalrashid80

Kelajuan bercakap menunjukkan cara kita bercakap 🤩. Cara bercakap untuk kelihatan ber “Authority” #RizalRashid #KomunikasiBerpengaruh #toneofvoice #komunikasiberkesan #authority #communicationskills #fyp

♬ original sound – Rizal Rashid – Rizal Rashid

Sumber: @rizalrashid80/TikTok

The post Ini Cara Bercakap Sebagai Ketua Yang Betul, Nampak Lebih Berkuasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*