Kemas & Cantik, Wanita Kongsi Tips Coating Sendiri Lantai Rumah 

tips coating lantai rumah

Kemas & Cantik, Wanita Kongsi Tips Coating Sendiri Lantai Rumah 

Setiap pemilik rumah sudah semestinya mahu memastikan rumahnya sentiasa bersih dan tampak kemas. Tambahan lagi, sekarang terdapat pelbagai peralatan yang boleh digunakan untuk mencantik dan merapikan rumah anda.

Antaranya termasuklah dengan mengecat rumah. Rumah yang dilitupi dengan cat sememangnya membangkitkan lagi seri dengan warna-warna. Bukan sahaja boleh digunakan pada dinding namun, cat juga boleh digunakan pada lantai.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah cat lantai yang dimaksudkan itu kan?

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan tips berhubung penggunaan coating cat pada lantai dengan betul. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Zarina Zul di bawah.

Tips Coating Lantai Rumah

Gambar: Zarina Zul

Assalamu’alaikum warahmatullah & Hello warga Tukang Apa Hari Ini.

BACA JUGA: Kenapa Halaman Buku Bertukar Warna Kuning Jika Disimpan Lama? Ini Jawapannya

First time post di group dan  tak sangka saya akan post di group pertukangan. Saya nak share sikit hasil kerja, sebab banyak belajar pasal cat atau coating atau primer kat sini.  Terima kasih banyak-banyak post atau komen pasal cat lantai.

tips coating cat lantai
Gambar: Zarina Zul

MasyaAllah, alhmdulillah. Ni projek DIY saya yang pertama. Banyak cacat cela dan kurang kemas, tapi saya selalu ingatkan diri sendiri, “kalau cantik kemas dan perfect, professional painter yang buat, bukan awak.” Selalu orang start small, stencil meja ke, almari ke. Saya buat driveway terus. Alhamdulillah setelah berbulan-bulan. Akhirnya lantai driveway rumah saya siap.

Step 1: Bagi concrete lantai rata

Gambar: Zarina Zul
tips coating cat lantai
Gambar: Zarina Zul

Berbulan-bulan tu sebab hire kontraktor level kan concrete driveway tu. Sebelum ni ada bahagian licin ada yang kasar, tak sama tinggi.

Lepas kontractor buat, problem pulak concrete tu bila ketuk bunyi berongga. Ketuk kuat sikit lagi pecah. Dia kata ni patutnya hack semua lepas tu buat balik.. habis tu, kenapa tak buat? Suruh betulkan, dia mintak bayar lagi sebab dia rugi la kena beli bahan-bahan semua lagi.

BACA JUGA: Pakai Satu Bahan Je, Ini Tips Mudah Bersih Minyak Masak Tumpah Atas Lantai

Saya tak sampai hati dan saya tak nak spend duit lagi dan kalau nak orang tu betulkan kena tunggu dia siap projek dia buat rumah lain pulak. Maka saya pun ketuk sendiri, bukak balik part-part yang potential boleh pecah tu, and belajar bancuh simen sendiri dan tampal sendiri. 

Gambar: Zarina Zul
tips coating cat lantai
Gambar: Zarina Zul
tips coating cat lantai
Gambar: Zarina Zul
Gambar: Zarina Zul

Learning point 1: nak level concrete bagi rata, make sure hack dulu semua baru letak simen dan bayar deposit je dulu. Hold balance payment setelah 3 hari siap.. dah takde rongga, tak pecah. Baru bayar full. Agree dengan contractor awal-awal. Semoga Allah ganti kerugian saya dengan yang lebih baik.

Step 2: Primer dan cat stencil.

Walaupun dah study cat apa nak guna, bila sampai kedai cat terus jadi blur. Lama juga termenung kat situ sebab macam-macam ada.. Akhirnya saya tebalkan muka PM salah seorang otai dalam group ni. Alhamdulillah dia guide ambil cat apa and syukur sangat beli cat water based yang beliau recommend sebab bayangkan saya ambil masa berminggu-minggu nak cat stencil ni. Saya hampir beli cat epoxy. Epoxy kan ada hardener, kena guna dalam masa sehari kalau tak, nanti keras. Syukur sangat la saya PM otai tersebut. Semoga murah rezeki beliau. Ameen!

Learning point 2: untuk projek stencil kena guna water based paint. Senang nak handle. Senang cuci. Senang betulkan kesalahan, lap je dgn kain basah.

Step 3:Akhirnya part yang dinanti-nanti, cat top coating.

tips coating cat lantai
Gambar: Zarina Zul

Penting sangat tengok ramalan cuaca dan percayalah dengan ramalan cuaca tu. (Learning point 3). Silap saya tengok ramalan cuaca akan hujan. Tapi bila keluar tengok langit cerah je.. saya pun mula lah cat coating. Lepas tu tiba-tiba mendung dan hujan lebat sangat. Separuh lagi tak sempat cat, saya masuk dalam tunggu hujan stop.

BACA JUGA: Wanita Kongsi Tips Sahur Kenyang Lama Siap Boleh Turun Berat 10 Kg Sebulan

Bila hujan stop, dalam 2 jam, cat coating saya tu dah keras dalam tong. Sakit nya itu di sini sebab top coat sangat tak murah ya. kena beli satu tong lagi sebab saya pilih top coat glossy. Separuh lantai berkilat, separuh tak. Learning point 4 nya. I recommend beli lah top coat matte.

Design stencil akan lebih nampak. Ni glossy, nampak macam tengok permukaan air pun ada. Cantik tu cantik. Tapi kalau top coat matte, design bawah tu akan lebih nampak. Ni terlalu shining.

Jangan lupa add Non-Skid silica dalam Top Coat supaya permukaan tak licin. 

Learning point 5. Kalau nak beli stencil, untuk beginner belilah yang design dia ada design tebal dan besar-besar. ada design halus mcm lace baju pun ada. Whoa. Yang tu memang mencabar.

P/S: saya beli Stencil ni dari US di app Etsy. Beratus juga harga bila termasuk shipping. Tapi saya ada jumpa alternative di Shopee comment lah kalau berminat, saya share link. 

Sambil cat ni pun, saya banyak berdoa. “Ya Allah bagilah cat ni bertahan bertahun-tahun.” so far dah 3 minggu siap, alhamdulillah masih bertahan. Walaupun saya tahu cat lantai takkan tahan 10 tahun, boleh la buat ghaso-ghaso beberapa tahun. Ameen! 

Harap sharing saya ni membantu kut kut sapa-sapa nak buat projek stencil pulak.

Terima kasih kepada semua yang share pasal cat lantai sebelum ni. 

Sumber: Zarina Zul via Facebook Kumpulan Tukang Apa Hari Ini (TAHI)

The post Kemas & Cantik, Wanita Kongsi Tips Coating Sendiri Lantai Rumah  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*