Ini Rupanya Cara Masak Sardin, Wanita Ini Tampil Kongsi Resepi Homemade Sardin

resepi homemade sardin

Jemu Makan Sardin Tin? Wanita Ini Tampil Kongsi Resepi Homemade Sardin

Sardin merupakan antara makanan yang sering dipilih sekiranya kekurangan idea untuk memasak makanan tengah hari ataupun tidak mempunyai wang cukup untuk makan masakan lain.

Ia sangat mudah dibuat, dengan hanya memanaskan lauk tersebut, pasti akan kekenyangan hingga ke malam. Hidangan tersebut bertambah lagi enak apabila dipadankan dengan telur dadar, semestinya membuka selera ketika lapar.

Namun tidak salah juga untuk orang ramai mencuba untuk memasak sardin sendiri untuk dihidangkan kepada keluarga. Begitulah seperti pengguna Facebook Eniza M Salim yang memilih untuk memasak lauk itu sendiri.

Dia turut berkongsi mengenai resepi homemade sardin di dalam kumpulan Facebook Menu Kampung dan sekiranya sudah jemu dengan sardin dalam tin, orang ramai juga boleh mencuba untuk memasaknya sendiri menggunakan resepi di bawah.

Homemade Sardin

Kredit: Eniza M Salim

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah satu kilo ikan sardin, empat biji bawang besar, empat ulas bawang merah kecik, empat ulas bawang putih, satu setengah halia (tidak perlu letak banyak), tiga sudu besar cili kering kisar dan sebiji tomato yang dipotong dadu.

Selain itu, lima biji cili yang dipotong dua, empat sudu besar cili sos dan sedikit sos tomato, satu setengah tin tomato puree, garam, dua sudu besar gula, satu sudu besar sos tiram, dua cawan air (ikut kepekatan) dan dua biji limau nipis (untuk perapan).

Cara-cara penyediaan homemade sardin

Setelah siap menyediakan bahan, beralih pula untuk cara-cara penyediaan. Yang pertama sekali, ikan dipotong ekor dan kepala, bersihkan. Selepas itu perap 10 minit dengan satu setengah sudu garam dan dua biji limau nipis atau kasturi. Usai perap, basuh semula dan toskan air. Ketepikan.

Bagi langkah yang pertama, kisar semua bawang dan halia dan dua biji tomato. Tumis hingga wangi dalam minyak yang banyak sikit lebih kurang suku cawan.

Sesudah garing dan wangi, masukkan cilir kisar dan tumis hingga betul-betul garing dan pecah minyak.

Kemudian, masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato potong dan bahan lain kecuali air. Kacau lagi bagi sebati. Rasa masin manis dan masamnya, kalau sudah okay tambah dua cawan air dan tidak perlu banyak sangat, kacau sebati dan masukkan ikan.

Selepas itu, tutup periuk tekanan dan setkan masa dalam 80 minit lebih kurang, tulang sudah agak lembut.

Apabila sudah cukup masa, lepaskan wap tekanan mengikut arahan pressure cooker masing-masing. Stir fry sedikit dalam dua minit bagi kuah pekat dan sedia untuk di hidangkan.

Sumber: Menu Kampung via Facebook

The post Ini Rupanya Cara Masak Sardin, Wanita Ini Tampil Kongsi Resepi Homemade Sardin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*