Ini Sebab Penduduk Liverpool Tak Nak Digelar Bangsa Inggeris

Ini Sebab Penduduk Liverpool Tak Nak Digelar Bangsa Inggeris

Pada sesiapa yang menonton perlawanan akhir Piala EFL antara Chelsea dan Liverpool pasti akan terdengar “booo” dari tempat duduk penykong ketika lagu kebangsaan United Kingdom dimainkan.

Dipercayai bunyi “booo” itu datangnya dari para penyokong Liverpool. Tapi mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa penyokong Liverpool tak hormat lagu kebangsaan negara mereka?

Sebenarnya ada beberapa sebab penyokong Liverpool atau lebih tepat lagi ‘bangsa’ Liverpool tidak menghormati lagu kebangsaan “God Save The King”.

liverpool bangsa inggeris

Sudah beberapa kali juga kain rentang tertera “Scouse Not English” muncul di stadium Anfiled ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

Ia juga menunjukkan begitu sukarnya perjuangan yang dirasai penduduk Liverpool terdahulu berkaitan isu nasionalisme dan patriotisme.

Dizalimi Kerajaan Terdahulu

Sebahagian besar punca ini berlaku disebabkan layanan kerajaan yang memerintah beberapa dekad yang lalu.

Rasa nak memberi sokongan kepada kerajaan semakin pudar dan penduduk Liverpool lebih suka digelar Scouse berbanding digelar sebagai bangsa Inggeris.

Scouse atau Scouser adalah gelaran bangsa bagi penduduk asli dari Liverpool. Walaupun hakiktanya mereka juga bangsa Inggeris tapi kebanyakkan mereka tidak mahu diiktiraf sebagai bangsa Inggeris.

Salah satu kejadian yang membawa kepada keadaan ini ialah ketika pemerintahan Perdana Menteri Margaret Thatcher dari parti konservatif pada tahun 1980-an.

Margaret dikatakan tidak ambil peduli dengan kemerosotan industri yang berlaku di Merseyside.

liverpool bangsa inggeris

Ia membawa kepada peningkatan kadar pengangguran yang teruk dan kadar kemiskinan dalam bandar juga meningkat.

Kerajaan juga dikatakan tidak mahu menghulurkan bantuan pada waktu itu malah menghentikan beberapa perkhidmatan awam di sana.

Bandar Liverpool memainkan peranan penting ketika perang dunia kedua. Selepas perang berakhir, Liverpool dilanda kegawatan ekonomi dan kegiatan perdagangan di pelabuhan mereka.

Pelabuhan yang rancak mendominasi industri sebelum itu terpaksa diperlahankan.

Pada 2011, terbongkar surat rasmi yang menunjukkan Margaret dalam diam digesa mempertimbangkan untuk mengabaikan Liverpool ketika pemerintahannya.

Itulah salah satu punca utama penduduk Liverpool tidak mahu digelar bangsa Inggeris.

Tragedi Hillsborough

Pernah dengar tragedi di Hillsborough? Peminat Liga Inggeris mesti pernah dengar penyokong Liverpool berkempen “Justice for 96” dan kini telah bertukar ke angka 97.

Ia berkaitan dengan tragedi yang berlaku di Hillsborough dan lebih tepat lagi di Stadium Sheffield ketika perlawanan Liverpool menentang Nottingham Forest pada 15 April 1989.

Jumlah penyokong yang hadir terlalu ramai sehingga melebihi kapasiti stadium. Keadaan menjadi sangat sesak sehingga menyebabkan 96 penyokong Liverpool meninggal dunia.

Angka kematian menjadi 97 kerana Andrew Devine yang mengalami kecederaan serius terselemat dari tragedi itu. Namun hanya menghabiskan hayatnya atas kerusi roda dan meninggal dunia selepas 32 tahun tragedi itu berlalu.

liverpool bangsa inggeris

Penyokong Liverpool berang apabila laporan polis mendakwa tragedi ini berlaku kerana penyokong Liverpool tidak mengikut peraturan dan masuk ke stadium tanpa tiket. Tambahan lagi, penyokong mereka didakwa masuk ke stadium dalam keadaan mabuk.

Setelah badan bebas menyiasat semula tragedi ini selepas 23 tahun berlalu, banyak laporan yang dipalsukan.

Malah, laporan ujian alkohol 96 mangsa juga tidak didedahkan sedangkan mereka mendakwa penyokong Liverpool mabuk pada hari kejadian seperti yang dilaporkan The Sun.

Kesimpulan

Begitulah secara ringkas mengapa penduduk Liverpool tidak mahu atau tidak suka digelar sebagai bangsa Inggeris dan memilih untuk digelar bangsa Scouse.

Kejadian terdahulu telah menyebabkan mereka ‘berdendam’ dengan kerajaan United Kingdom sehingga hilang hormat ketika lagu kebangsaan dimainkan.

Ada juga laporan mendakwa penyokong Liverpool tidak menyokong pasukan England dalam perlawanan persahabatan mahupun kejohanan antarabangsa.

Sumber: Goal

The post Ini Sebab Penduduk Liverpool Tak Nak Digelar Bangsa Inggeris appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*