Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Diminta Memastikan Penjagaan Diri Seluruh Warga Semasa Menghadapi Cuaca Panas

Gambar : BERNAMA

Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Diminta Memastikan Penjagaan Diri Seluruh Warga Semasa Menghadapi Cuaca Panas

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) prihatin terhadap penjagaan  kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga  institusi pendidikan bawah kelolaannya semasa menghadapi keadaan  cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangka.  

Justeru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah  (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk  melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti berikut: 

  • Menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu  panas;
  • Memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada  keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak  terjejas; 
  • Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi  pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air  minuman sendiri bagi yang tidak berpuasa/murid bukan Islam;
  • Menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman  dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan;
  • Membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya  keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air  minuman; dan  
  • Sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan  hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke  atas murid akibat cuaca panas. 

Semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa  mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. Institusi pendidikan  juga perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media  mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan  mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi  menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan.  

KPM turut menyeru semua institusi pendidikan untuk memberi  pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota  kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa  cuaca panas berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di  institusi masing-masing.  

KPM mengambil berat kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan  seluruh warganya. 

The post Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Diminta Memastikan Penjagaan Diri Seluruh Warga Semasa Menghadapi Cuaca Panas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*