Ipoh Bakal Anjur Konsert M. Nasir, Pelbagai Aktiviti Kesenian Tahun Depan

ipoh konsert tahun depan

Ipoh Bakal Anjur Konsert M. Nasir, Pelbagai Aktiviti Kesenian Tahun Depan

IPOH, 22 Nov (Bernama) — Komposer terkenal Datuk M. Nasir bakal mengadakan konsert khas sempena pengiktirafan Bandar Raya Ipoh sebagai satu daripada bandar baharu yang menyertai Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori muzik.

Pengerusi Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) itu berkata persembahan itu dijangka diadakan pertengahan tahun hadapan di lokasi bersesuaian sebagai satu daripada pelbagai perancangan aktiviti kesenian bagi menyokong usaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengetengahkan bandar raya itu sebagai bandar kreatif muzik.

“Kita juga merancang untuk mengadakan pesta rakyat dan bekerjasama dengan beberapa penerbit di sini untuk membuat filem atau rancangan televisyen,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata MACP juga merancang untuk menganjurkan Program Cipta Ekspres di Ipoh dengan mengumpulkan para pencipta lagu untuk bersama-sama mencipta lagu baharu selama beberapa hari.

Mengulas lanjut, maestro muzik itu berkata beliau melihat Ipoh menjadi tumpuan ramai peminat muzik terutamanya muzik rock sejak 1980-an, selain peminat muzik genre lain termasuk di kawasan pinggiran Ipoh.

“Jadi kita hendak mengumpulkan mereka ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti seni yang akan menarik mereka ini untuk berkumpul seperti mengadakan konsert dan pesta…bukan selama sehari sahaja tetapi lebih lama seperti mengkhususkan Bulan Seni Ipoh contohnya,” katanya yang berharap agar kesemua rancangan terbabit dapat direalisasikan dengan kerjasama MBI dan agensi-agensi lain secara aktif dan konsisten.

BACA: Walau Sederhana, Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Disambut Meriah

Pada 1 Nov lepas Bernama melaporkan UNESCO menerusi kenyataan dalam laman web rasminya, memaklumkan ibu negeri Perak itu kini diiktiraf sebagai satu daripada 55 bandar baharu yang menyertai UCCN bersempena dengan Hari Bandar Sedunia.

pada 2022, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin turut dilaporkan berkata bandar raya itu dicadangkan untuk dicalonkan sebagai Rangkaian Bandar Kreatif dalam pengkhususan muzik bagi menjadikan Ipoh sebagai bandar paling berdaya huni di negara ini.

Sumber: BERNAMA

The post Ipoh Bakal Anjur Konsert M. Nasir, Pelbagai Aktiviti Kesenian Tahun Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*