Tular Kelibat Nanami Di Kuantan, “Cosplayer” Ini Ubati Rindu Peminat

kelibat nanami kuantan

Tular Kelibat Nanami Di Kuantan, “Cosplayer” Ini Ubati Rindu Peminat

Salah satu watak ikonik dalam siri anime, Jujutsu Kaisen iaitu Kento Nanami didapati ‘berjalan-jalan’ sekitar Sungai Kuantan baru-baru ini.

Kehadiran watak fiksyen tersebut telah memberikan kejutan pada orang ramai kerana Kento Nanami telah disahkan sudah lagi ‘tiada’ pada pada musim kedua siri tersebut.

Lebih menyedihkan, watak berkenaan menyatakan hasratnya untuk pergi ke Kuantan pada suatu hari nanti sebelum ajalnya tiba.

Pemergian watak tersebut menimbulkan rasa sedih dan terkilan dalam kalangan penonton, khususnya peminat tegar watak tersebut.

Namun, hantaran video @uchihzz di laman TikTok telah memberikan harapan kepada peminat Nanami untuk terus mengukirkan senyuman.

Dalam video pendek berdurasi 14 saat tersebut, ‘Kento Nanami’ dilihat sedang berjalan-jalan di tepi Sungai Kuantan, yang mana berhadapan dengan mercu tanda tulisan ‘Kuantan’.

Semestinya bukan ‘hantu Nanami’ tetapi ia merupakan kelibat seorang cosplayer tempatan di sana.

Kehadiran cosplayer ini sudah mengubati rasa rindu peminat serta memberikan nafas lega kerana berjaya ‘menunaikan hajatnya’.

Cosplayer ‘tunai’ hajat Nanami untuk menghabiskan masanya di Kuantan

Rupanya individu di sebalik Nanami tersebut adalah seorang cosplayer yang dikenali dengan nama @keith9scos di laman Instagram.

Perkara ini telah diakui sendiri oleh empunya badan menerusi ruangan komen di video tersebut. Sehubungan itu, Siakap Keli juga sempat bertanya sedikit soalan berkenaan hobi cosplay Keith.

Keith Wong (29) berkata, beliau berada di sana kerana dijemput ke Menara 188, Kuantan yang berada berdekatan dengan kawasan tersebut.

nanami hidup balik sungai kuantan
Gambar: Keith Wong

“Saya suka cosplay kerana saya cuba untuk menghidupkan watak fiksyen kegemaran saya ke alam realiti,” katanya.

Berhubung dengan penampilannya sebagai salah satu watak yang sinonim di Kuantan, Wong berkata bahawa dirinya memang merancang untuk tampil sebagai seorang Nanami dalam acara jemputan pada malam Tahun Baharu itu.

Sehubungan itu, ramai pengguna TikTok yang menyukai dan memuji pembawaan watak yang dibawa oleh cosplayer berkenaan.

“Akhirnya, dapat juga kamu pergi ke Kuantan.. Harap kamu tenang di sana,” tulis seorang pengguna membalas komen dari keith9scos.

Apabila ditanya berkenaan perasaannya apabila dapat ‘membawa’ Nanami ke Kuantan, Wong merasa teruja kerana dapat ‘menunaikan hajat’ watak tersebut, walaupun tidak kesampaian dalam siri manga dan anime.

“Saya merasa teruja kerana dapat memenuhi impian Nanami di Kuantan dan berbangga kerana dapat menaikkan nama tempat kediaman saya sebagai buah mulut semua orang,” jelas anak jati Kuantan itu.

BACA: Disebut Nanami Dalam Jujutsu Kaisen, Nama Kuantan Tiba-tiba Jadi “Trending”

@uchihzz

bangun dari kubur nak sambut new year ke 😞🙏🏻 #jjk #nanami

♬ original sound – AnimeFightAMVs – AnimeFightAMVs

Sumber: uchihzz via TikTok

The post Tular Kelibat Nanami Di Kuantan, “Cosplayer” Ini Ubati Rindu Peminat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*