Isi Minyak Terlupa Tutup Enjin, Kereta Boleh Rosak Ke? Ini Jawapan Pakar

Isi minyak kenderaan

Isi Minyak Terlupa Tutup Enjin, Kereta Boleh Rosak Ke? Ini Jawapan Pakar

Ketika berada di stesen minyak, anda sudah tentu pernah melihat papan tanda peringatan yang meminta enjin kenderaan dimatikan ketika mengisi minyak, kan?

Di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua stesen minyak, tidak kira di bandar-bandar besar atau pun di kampung-kampung kecil, ada papan tanda ini.

Bukan itu sahaja, peringatan ini sudah sebati dalam diri semua pengguna kenderaan di negara ini dan boleh dipatuhi tanpa sebarang masalah.

Namun begitu, pernah tak anda terfikir kenapa enjin perlu dimatikan sebelum mengisi minyak? Kalau tak matikan enjin, kenderaan boleh rosak ke?

Bagi menjawab persoalan di atas, kami bawakan kupasan daripada seorang pakar, Dr Aid Fawzal yang memiliki PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Selain itu, beliau juga merupakan pencipta formula saintifik iaitu Indeks Prestasi Penyejuk atau lebih dikenali sebagai Nombor Fawzal (Fa).

Menurut Dr Aid Fawzal, tidak mematikan enjin ketika mengisi minyak tidak akan menyebabkan enjin kenderaan rosak.

Bagaimanapun, peringatan yang tertera di stesen minyak sebaliknya lebih tertumpu kepada faktor keselamatan iaitu bagi mengelak berlaku kebakaran.

Minyak petrol adalah sumber bahan api yang mudah terbakar

Seperti sedia maklum, minyak petrol adalah sumber bahan api yang mudah terbakar.

Justeru peringatan tersebut bertujuan untuk mengelak sebarang spark daripada enjin menyambar minyak dan menyebabkan kebakaran.

“Minyak petrol itu sumber bahan api. Kemudian, kalau enjin dibiarkan menyala, kita sebenarnya meninggikan kemungkinan untuk berlakunya kebakaran.

“Ini disebabkan semasa enjin menyala, ada komponen berhaba daripada enjin, ada sistem elektrik dan elektronik yang boleh berlaku spark,” katanya.

Menurut beliau, tindakan mematikan enjin bagi memastikan keselamatan di kawasan stesen minyak terjamin dan terhindar daripada kebakaran.

“Jadi lebih baik tutup sahaja enjin itu. Tak lama pun isi minyak. Lepas isi, nyalakanlah (hidupkan) balik enjin.

“Apalah sangat bertahan panas sekejap dengan (berbanding) kalau kebakaran berlaku, lagi besar kerugiannya,” tambah Dr Aid Fawzal.

Kredit FireTrainingCompany.co.uk

Jadi, beringatlah selalu. Matikan enjin kenderaan ketika mengisi minyak, ya.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: X/@Aid Fawzal

The post Isi Minyak Terlupa Tutup Enjin, Kereta Boleh Rosak Ke? Ini Jawapan Pakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*