Fahami Perbezaan PADU Dan IDN (Program ID Digital Nasional)

Fahami Perbezaan PADU Dan IDN (Program ID Digital Nasional)

Semua warganegara Malaysia pasti mengetahui bahawa pihak kerajaan telah memperbanyakkan pelbagai bantuan dan kemudahan untuk rakyatnya. Tujuan bantuan itu dilakukan adalah untuk memastikan mereka yang layak menerima bantuan akan mendapatkannya.

Tetapi, bagaimanakah pihak kerajaan dapat mengetahui bahawa seseorang itu layak menerima bantuan?

Kalau nak tahu, pihak kerajaan mempunyai sebuah sistem pangkalan data yang dipanggil Pangkalan Data Utama atau PADU.

Sistem PADU ini merupakan sebuah sistem di mana ia mengandungi profil maklumat warganegara ataupun penduduk yang pemastautin tetap yang digunakan untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar.

PADU ini berbeza dengan Program ID Digital Nasional ataupun IDN. PADU adalah sebuah pangkalan data di mana ia terdapat profil penduduk rakyat Malaysia, tetapi IDN adalah sebuah pengenalan diri secara digital yang memudahkan seseorang itu untuk mengakses dan melaksanakan urusan dalam talian.

Cara Mendaftar PADU

Kalau anda nak tahu, anda boleh mendaftar PADU melalui laman web rasmi PADU ataupun lakukan pendaftaran anda di Pejabat Operasi Negeri DOSM dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berhampiran.

Ketika mendaftar, anda memerlukan beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan, maklumat pekerjaan, akaun bank dan sebagainya. Jika tidak, informasi anda mungkin tidak lengkap.

Apabila anda sudah mempunyai akaun PADU anda, pastikan anda mengingati kata laluan anda dan pastikan nombor telefon dan juga e-mel anda masih aktif.

Jika anda terlupa kata laluan ataupun nombor telefon dan e-mel anda sudah tidak aktif, anda boleh mengemaskini nombor telefon dan e-mel baru di kaunter PADU yang berhampiran.

Sekiranya pendaftaran anda tidak berjaya, jangan risau. Anda boleh hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) untuk mengemukakan maklum balas kepada SISPAA PADU melalui laman web Borang Aduan PADU.

Selain itu, anda juga boleh pergi ke Pejabat Operasi Negeri DOSM yang berhampiran dengan untuk melakukan aduan anda.

Sistem PADU ini amatlah bermanfaat kerana ia boleh memastikan agar anda tidak akan terkecuali sekiranya terdapat bantuan atau perlindungan sosial sekiranya anda layak untuk mendapatkannya. Oleh itu, anda perlu mendaftar akaun PADU ini.

Sumber: PADU

BACA JUGA: Makan Pakai Tangan, Masak Lauk Sedap Untuk ‘Melayukan’ Rakan Sekerja Korea

The post Fahami Perbezaan PADU Dan IDN (Program ID Digital Nasional) appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*