Isteri Mursyidul Am Pas Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun

Isteri Mursyidul Am Pas Meninggal Dunia

Isteri Mursyidul Am Pas Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun

Isteri kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pada petang Khamis, 1 Jun semalam.

Difahamkan, Allahyarhamah Datin Sarah Rejab telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 77 tahun, kira-kira 7.00 petang.

Memetik Sinar Harian, pemergian Allahyarham adalah berpunca dari kegagalan fungsi organ hatinya.

Dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Facebook PAS Negeri Perlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin telah memberikan sedikit sepatah dua kata semasa pengebumian isterinya.

Beliau berkata, dirinya bersama Allahyarham yang juga merupakan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas negeri itu telah mendirikan rumah tangga sejak 1970-an.

Kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu, mereka telah melayari alam perkahwinan selama lebih dari tempoh 50 tahun.

Dalam perkahwinannya, pasangan tersebut telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu, Nabilah, Faiz, Hamimah, Nadia dan Husna.

Selain itu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli telah berkongsi berita sedih tersebut menerusi hantaran Facebooknya.

Mohd Shukri turut menzahirkan ucapan takziah terhadap ahli keluarga Allahyarhamah atas pemergian salah seorang dari anggotanya.

“Mendapat perkhabaran duka, Datin Sarah Rejab, Isteri kepada Tuan Guru Hashim Jasin, Mursyidul Am Pas telah pergi menghadap Ilahi.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga kuat dan tabah menghadapi kehilangan insan tersayang,” katanya.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut memuat naik hantaran di Instagram ketika menziarahi Hashim di kediamannya pada malam Khamis.

“Salam takziah diucapkan di atas pemergian isteri kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin yang telah kembali ke rahmatullah.”

“Semoga roh Allahyarhamah Datin Hajah Sarah Rejab dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahidan Kassim (@shahidankassim_)

BACA: YB Edry Masuk Hutan, Berang Jumpa Perbuatan Mungkar Manusia

Sumber: Sinar Harian, PAS Negeri Perlis & Mohd Shukri Ramli via Facebook, shahidankassim via Instagram

The post Isteri Mursyidul Am Pas Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*