Isu Kod Etika Pemakaian Pelanggan, Perodua Mohon Maaf

kod etika pemakaian perodua

Isu Kod Etika Pemakaian Pelanggan, Perodua Mohon Maaf

Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) memohon maaf berhubung isu kod etika pemakaian pelanggan yang menjadi tular baru-baru ini.

Permohonaan maaf tersebut dibuat menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di laman facebook rasminya, semalam.

Sebelum ini, satu notis yang menggariskan kod etika pemakaian pelanggan yang dipaparkan di Pusat Servis Perodua di Kuantan menjadi tular di media sosial.

Beberapa peraturan yang tertera dalam kod etika pemakaian tersebut kemudian menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn. Bhd, Encik JH Rozman Jaafar, pihaknya telah mengambil langkah segera menarik balik notis berkenaan.

”Kod etika pemakaian itu tidak selari dengan garis panduan rasmi Perodua dan kami sedang melakukan siasatan rasmi berhubung perkara berkenaan.

”Ia akan diikuti dengan langkah pembetulan bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang lagi,” katanya.

Beliau mewakili Perodua seterusnya memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pelanggannya ketika berkunjun ke Pusat Servis Perodua berkenaan.

BACA: “Bukan Kemahiran Bercakap, Tapi…”, Rafizi Dedah ‘Rahsia’ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus

Mengenai Perodua

Berdiri sebagai sebuah syarikat sendirian berhad, Perodua ditubuhkan pada 1993 dengan sasaran untuk membekalkan rakyat Malaysia dengan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Portfolio Perodua merangkumi pelbagai aspek antaranya pengilangan kenderaan, penyelidikan dan pembangunan, jualan dan selepas jualan serta pelbagai lagi.

Ibu pejabat Perodua terletak di atas tanah seluas 522 ekar di Sungai Choh, Rawang yang terdiri daripada bangunan korporat, dua buah fasiliti pengilangan kenderaan dan pusat RND dengan litar ujian.

Kemudahan-kemudahan lain disitu adalah gudang simpanan, pusat peralatan, pusat latihan, eco-taman dan pusat asuhan kanak-kanak.

Setakat ini, Perodua mempunyai seramai kira-kira 11,500 orang. Jumlah berkenaan boleh mencecah 70,000 orang apabila ditambah dengan jumlah pembekal dan pengedar rasminya.

Dua kilang utama Perodua mempunyai kapasiti pengeluaran kenderaan mencecah sehingga 320,000 unit kenderaan setahun.

BACA: “Bukan Kemahiran Bercakap, Tapi…”, Rafizi Dedah ‘Rahsia’ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus

Sumber: Perodua, About Us | Perodua

The post Isu Kod Etika Pemakaian Pelanggan, Perodua Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*