Pesara Guru Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud, Wang Simpanan RM1.22 Juta Lesap

pesara guru terpedaya

Pesara Guru Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud, Wang Simpanan RM1.22 Juta Lesap

ALOR GAJAH, 19 Jan (Bernama) — Seorang pesara guru terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.22 juta apabila wang simpanannya lesap akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang disertainya menerusi kumpulan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata wanita berumur 70-an dan beralamat di Durian Tunggal itu menyertai Kumpulan Bursa Saham pada September tahun lepas yang menawarkan bimbingan pemilihan stok saham di pasaran bursa saham dengan menjanjikan keuntungan lumayan.

“Pada 30 Okt 2023, mangsa dicadangkan untuk menyertai pelaburan emas dan bitcoin yang  menjanjikan pulangan lumayan dan telah diberikan pautan untuk membuat pendaftaran.

“Pengadu kemudiannya dengan menggunakan wang simpanan persaraan miliknya melakukan 29 transaksi pelaburan ke dalam lapan akaun bank suspek yang berbeza sehingga berjumlah RM1,223,033 dalam tempoh 14 Sept hingga 22 Dis 2023,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA: Dua Maut Dalam Kemalangan Libatkan Bas Dan Kereta 

Mengulas lanjut, Arshad berkata selepas membuat transaksi pelaburan, pengadu tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pengeluaran wang keuntungan yang diperoleh selain wanita itu dijanjikan pulangan keuntungan maksimum 30 kali ganda daripada jumlah pelaburan dibuat.

Beliau berkata bagaimanapun, sehingga kini pengadu tidak dapat mengeluarkan wang keuntungan berkenaan dan mangsa menyedari dirinya diperdaya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah percaya tentang pelaburan yang  ditawarkan dalam talian dan laman sosial selain menasihatkan agar segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan melalui talian 997 untuk membuat tindakan pantas bagi menyekat wang yang telah diserahkan kepada sindiket penipuan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Pesara Guru Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud, Wang Simpanan RM1.22 Juta Lesap appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*