Isu Stoking: Polis Buka Dua Kertas Siasatan, Pihak KK Super Mart Akan Dipanggil

isu stoking kk super mart

Isu Stoking: Polis Buka Dua Kertas Siasatan, Pihak KK Super Mart Akan Dipanggil

PETALING JAYA — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan terhadap laporan berhubung penjualan stoking tular di kedai serbaneka KK Mart di Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Difahamkan, polis juga akan memanggil  pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu siasatan berkaitan isu tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama hari ini dan beliau memberitahu kesemua mereka akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam minggu ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sebanyak 42 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berhubung isu berkenaan.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang–Undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci serta niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, kes itu masih diperingkat siasatan dan beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial,” katanya lagi.

BACA: Sesi Persekolahan 2026 Kembali Bermula Pada Januari – KPM

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya mengesahkan tiada lagi penjualan stoking berkenaan di semua premis KK Mart Bandar Sunway.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan stoking di kedai serbaneka tersebut dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Susulan itu, rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart telah tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan penjualan stoking tersebut.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

The post Isu Stoking: Polis Buka Dua Kertas Siasatan, Pihak KK Super Mart Akan Dipanggil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*