Jabatan Imigresen Anjur Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Zahir Penghargaan Kepada Warga JIM

PUTRAJAYA, 16 Mei 2023 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Majlis APC ini diadakan bertujuan untuk menzahirkan pengiktirafan dan penghargaan kepada seluruh warga JIM yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun 2022.

JIM sentiasa menghargai peranan warganya sebagai sebuah pasukan besar yang sentiasa mementingkan kerja berpasukan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Majlis ini diharapkan akan terus menyuntik semangat warga kerja JIM untuk sentiasa menambahbaik mutu perkhidmatan secara lebih efisien untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Majlis turut dihadiri YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri; YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Imigresen; YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan); YBrs. Tuan Jafri bin Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi); YBhg. Datu Ken Leben, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan); Pengarah-pengarah Bahagian; Pengarah-pengarah Imigresen Negeri serta barisan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), barisan Duta-Duta Besar Ke Malaysia dan dif-dif kehormat.

The post Jabatan Imigresen Anjur Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Zahir Penghargaan Kepada Warga JIM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*