Teleskop Angkasa James Web Temui Empat Galaksi Tertua Di Alam Semesta – Penyelidik

empat galaksi tertua

Teleskop Angkasa James Web Temui Empat Galaksi Tertua Di Alam Semesta – Penyelidik

Teleskop Angkasa James Webb dilapor menemui empat galaksi tertua yang paling jauh pernah dikesan oleh ahli astronomi di alam semesta, lapor AFP.

Difahamkan, salah satunya terbentuk pada 320 juta tahun selepas letupan Big Bang ketika alam semesta masih di peringkat awal.

James Webb pada asalnya telah melancarkan penemuan saintifik sejak mula beroperasi tahun lalu.

Ia memerhatikan galaksi tersebut dengan lebih jauh ke alam semesta berbanding sebelum ini.

Pada masa cahaya dari galaksi paling jauh tersebut sampai ke Bumi, ia telah diregangkan oleh pengembangan alam semesta.

Kemudian, ia beralih ke kawasan inframerah spektrum cahaya.

Instrumen NIRCam teleskop Webb mempunyai kebolehan untuk mengesan cahaya inframerah itu, membolehkannya mengesan dengan cepat pelbagai galaksi yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Dalam dua kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Astronomy, ahli astronomi mendedahkan mereka telah mengesan dengan jelas empat galaksi paling jauh tersebut yang pernah diperhatikan.

Galaksi-galaksi itu berusia antara 300 hingga 500 juta tahun selepas letupan Big Bang lebih 13 bilion tahun lalu ketika alam semesta hanya dua peratus daripada usianya sekarang.

Ini bermakna galaksi berasal dari zaman pengionan semula, satu tempoh apabila bintang pertama dipercayai telah muncul.

BACA: Teleskop James Webb Kesan Enam Galaksi Gergasi

Penemuan mengejutkan

Seorang penyelidik di Institut Astrofizik Paris, Stephane Charlot memaklumkan bahawa galaksi paling jauh dipanggil JADES-GS-z10-0.

Teleskop Webb juga mengesahkan kewujudan JADES-GS-z10-0 yang bermula dari 450 juta tahun selepas letupan Big Bang dan dikesan oleh Teleskop Angkasa Hubble.

Menurut Charlot, kesemua empat galaksi adalah jisim yang sangat rendah, dengan berat kira-kira seratus juta jisim suria.

Bima Sakti (Milky Way) sebagai perbandingan, mempunyai berat 1.5 trilion jisim suria mengikut beberapa anggaran.

“Tetapi galaksi sangat aktif dalam pembentukan bintang berkadaran dengan jisim mereka,” kata Charlot.

Tambahnya, bintang-bintang itu terbentuk pada kadar yang sama seperti Bima Sakti, satu kelajuan yang mengejutkan begitu awal di alam semesta.

Ini adalah selaras dengan model standard kosmologi pemahaman terbaik sains tentang cara alam semesta berfungsi.

Ia mengatakan bahawa semakin dekat dengan letupan Big Bang, semakin sedikit masa untuk logam tersebut terbentuk.

Sumber: AFP via Yahoo!

The post Teleskop Angkasa James Web Temui Empat Galaksi Tertua Di Alam Semesta – Penyelidik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*